Thursday 12 January 2012

KASTAM RAMPAS 2,900 UNIT TELEFON



KASTAM Sabah berjaya merampas 2,901 unit telefon bimbit pelbagai jenama bernilai kira-kira RM1 juta melalui operasi selama seminggu bermula 5 Jan lepas.

Timbalan Pengarah Kastam Sabah, Hamzah Sundang berkata telefon bimbit terbabit dirampas dari 126 premis perniagaan di seluruh negeri.

"Antara kategori telefon bimbit yang dirampas adalah yang diimport masuk dari negara China dan Singapura tanpa kelulusan permit import daripada Sirim Berhad seperti ditetapkan dalam Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008," katanya kepada pemberita, di Lahad Datu, kelmarin.

Katanya kategori kedua telefon bimbit yang dirampas ialah telefon yang telah berada di pasaran tetapi tidak mempunyai label Sirim atau memakai label yang diragui.

Beliau berkata mereka yang disabitkan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 iaitu bagi kesalahan menyeludup boleh dikenakan denda maksimum sehingga 20 kali ganda nilai barangan dan penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Hamzah berkata Kastam Lahad Datu berjaya merampas pelbagai barangan tidak lulus cukai termasuk rokok dan minuman keras bernilai lebih RM2.5 juta termasuk cukai sepanjang tahun lalu. (BERNAMA)

34 comments:

  1. Smuggling of goods should be monitored more closely to prevent it from happening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerjasama dari semua pihak adalah perlu untuk membanteras barang2 seludup di negeri ini.

      Delete
    2. Thank goodness that our sabah customs manage to seize the hp units before it is sold to the people.

      Delete
    3. Usaha berterusan dan kerjasama daripada semua pihak perlu ada barulah masalah ini dapat ditanggani dengan lebih mudah.

      Delete
  2. Electronic goods that does not pass through customs might not be safe for the consumers to use.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keselamatan pengguna herus dititik beratkan oleh para peniaga..

      Delete
    2. especially electric goods from china. We as a consumer must be aware of those electric good made from china. It may be cheap but would you risk your health and life just for some cheap goods?

      Delete
    3. Ya jadi utamakan keselamatan pengguna dan bukan ingat untung saja:P Sebolehnya pengguna pun perlulah bijak ketika berbelanja.

      Delete
    4. Ya, kes kejutan disebabkan telefon bimbit ataupun letupan pernah didengar. Sangat membahayakan.

      Delete
  3. Bagus. Teruskan lagi usaha untuk membanteras kegiatan penyeludupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha berterusan harus dilakukan disamping kerjasama dari semua pihak adalah diperlukan..mungkin denda/hukuman bagi mereka yang menjual barang2 seludup harus diperketatkan..

      Delete
  4. kegiatan penyeledupan yang berleluasa di sabah harus dibanteras untuk menjaga kepentingan peniaga2 yang mengikut saluran betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setuju. Kesian para peniaga yang ikut saluran betul. Tak adil sungguh kalau yang menyeludup tu bebas berniaga.

      Delete
  5. Saya jamin pasti ada yang disimpan dalam pocket ni. hahahhaa.. Fuhyoo, jahat oo saya fikir macam ni kan:P

    ReplyDelete
  6. Taniah pada Kastam. kegiatan penyeldupan makin banyak dan usaha membentras jenayah ini harus dilipatgandakan.

    ReplyDelete
  7. tahniah..teruskan usaha seperti ini.

    ReplyDelete
  8. mereka yang terlibat dengan kegiatan penyeludupan harus dikenakan hukuman yang tegas.

    ReplyDelete
  9. tahniah, usaha dalam membanteras penyeludupan harus giat dijalankan.

    ReplyDelete
  10. Masaih banyak lagi penjualan telefon haram dilakukan di Kota Kinabalu. Harap pihak berkuasa akan membuat rondaan dikawasan tersebut.

    ReplyDelete
  11. Tahniah kepada pihak kastam kerana berjaya merampas barangan tanpa permit sah ini. Terukan lagi pemantauan dan operasi bagi memastikan sendikit ini terus berleluasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap pihak kastam akan teruskan usaha untuk membanteras penjualan barangan yang substandard kepada pengguna.

      Delete
  12. Ini akan merugikan para peniaga yang berdaftar secara sah. Penjual handphone seludup ini perlu dibenteras.

    ReplyDelete
  13. Nasib baik mampu dirampas, tidak wajar telefon bimbit yang tidak mempunyai standard dijual di pasaran, ia mungkin boleh membahayakan pengguna.

    ReplyDelete
  14. tahniah.. mungkinkah operasi yang dijalankan ini ekoran daripada laporan orang awam sebelum ini yang mendakwa penjualan telefon bimbit tanpa label sirim berleluasa di bandaraya KK??

    ReplyDelete
  15. saya harap pihak kastam akan terus melakukan operasi tanpa perlu bergantung terhadap laporan awam melalui media..

    ReplyDelete
  16. Teruskan usaha untuk membanteras penyeledupan di sabah.,

    ReplyDelete
  17. Harap kastam sentiasa melakukan operasi bagi mencegah hal ini berlaku.

    ReplyDelete
  18. Nasib kastam segera bertindak..

    ReplyDelete
  19. Kastam memainkan peranan untuk mencegah aktiviti haram sebegini.

    ReplyDelete
  20. Great job and carry on to catch the big shark.

    ReplyDelete
  21. Pastikan tiada aktiviti penyeledup selain telefon bimbit.

    ReplyDelete
  22. Kastam juga harus sekat pendatang haram seperti PATI.

    ReplyDelete
  23. Apakah tindakan dan hukuman terhadap mereka ini? Mereka merosakkan pasaran di sini.

    ReplyDelete