Tuesday 17 January 2012

KELUARGA ‘LEMBU’ GUNA KAD KREDIT RM593,500?



Oleh : BERITA SEMASA

KALAU diri sudah merasakan serba tidak cukup atau kukuh kewangannya, belanja biarlah berpada. Tetapi kalau sudah berbelanja mengikut nafsu dan boros menggunakan kad kredit untuk kepentingan diri sendiri sehingga tergamak menggunakan wang rakyat Malaysia melalui dana NFC Malaysia, ini sudah melampaui batas.

Satu demi satu pembongkaran mengenai kes isu NFC Malaysia, tetapi kami lihat semacam lambat dan lembap sahaja penyiasatan skandal penyelewengan ini. Perlu sentiasa disergah dan diperhatikan sepanjang siasatan berlangsung.

Media arus perdana di Malaysia juga kurang memberikan liputan mengenai skandal penyelewengan NFC Malaysia ini. Semacam tiada apa-apa yang serius berlaku sekarang ini.

Dan pembongkaran terbaru dibuat oleh saudara Rafizi Ramli yang mendakwa terdapat penyalahgunaan dana ‘lembu’ NFC Malaysia yang telah digunakan untuk tujuan persendirian.

NFC Malaysia : Butiran Belanja Kad Kredit Ahli Keluarga Shahizat Jalil (tahun 2009)

1) Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail:

RM15,210 (purata belanja sebulan)

RM182,525 (purata belanja setahun)

2) Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh:

RM13,389 (purata belanja sebulan)

RM160,673 (purata belanja setahun)

3) Wan Izzana Fatimah Mohamad Salleh:

RM10,658 (purata belanja sebulan)

RM127,900 (purata belanja setahun)

4) Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh:

RM10,200 (purata belanja sebulan)

RM122,402 (purata belanja setahun)

Kalau dikirakan perbelanjaan kad kredit ahli keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil ini telah mencecah RM593,500. Kepada pihak polis teruskan menyiasat. Sekarang ini Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedang bercuti rehat selama tiga minggu.

Lagi satu yang menjadi persoalan kami sekarang mengenai tindakan bekukan aset NFC kerana kerajaan masih tidak memaklumkan lagi apa yang dibekukan sebenarnya, bagaimana ia dibeku dan atas permohonan siapa dan bawah undang-undang apa ianya dibekukan.

Dalam pada masa yang sama, NFC Malaysia berani memberikan kenyataan perniagaan mereka masih lagi berjalan seperti biasa. Macam mana itu?

(Nota : Kami harap skandal penyelewengan lembu NFC Malaysia ini tidak dibuat ibarat seperti ‘drama’ di belakang tabir pula. Yang salah tetap salah. Jika kerajaan mahu ambilalih projek ini, tuntut semula wang rakyat yang telah dibelanjakan pada cara yang salah, sambil itu dakwa pihak-pihak yang terlibat. Diharap juga, jangan cuba-cuba mereka-reka personaliti baru untuk dijadikan ‘kambing hitam’ dalam skandal NFC Malaysia ini.)

10 comments:

  1. Wang kepunyaan rakyat yang digunakan untuk persendirian perlulah dikembalikan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  2. Perhaps Forensic accounting method can be use to unveil this matter.

    ReplyDelete
  3. Hope that the government will reclaim this company and this project and return the people's money to the country's coffers.

    ReplyDelete
  4. mereka perlu beri penjelasan atas perbelanjaan mereka tersebut.

    ReplyDelete
  5. persoalannya sama ada dana NFC telah digunakan atau tidak untuk menbayar hutang kad kredit mereka.

    ReplyDelete
  6. tunggu saja hasil siasatan SPRM.

    ReplyDelete
  7. Tidak apa kalau itu duit mereka sendiri, hasil peluh diorang sendiri biarkan saja. Itu hak mereka.

    ReplyDelete
  8. How it feels to spend with that big amount of money?

    ReplyDelete
  9. adakah penulisan seperti ini boleh dijadikan sebagai bukti yang boleh meyakinkan kami untuk mempercayai tuduhan tersebut?? dari mana maklumat itu diperolehi dan mana dokumen sah yang menyebut angka2 itu??

    ReplyDelete
  10. seperkara lagi kenapa tunjukkan nilai purata, bukan angka sebenar??

    ReplyDelete