Tuesday 10 January 2012

KEMENANGAN ANWAR, KEKALAHAN PAKATAN RAKYAT?



Oleh : AZMAN ARIFFIN

MAAF, bukan niat penulis nak menyuramkan suasana kegembiraan yang sedang berlangsung berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi semalam.

Tapi berdasarkan analisa penulis dari laman-laman web pro UMNO sepanjang malam, penulis rasa perkara ini perlu disebut dan dibincangkan kerana tidak mahu semua kita terpedaya dengan agenda sebenar disebalik pembebasan ini.

Kebanyakannya blog pro UMNO yang penulis lihat menjadikan sikap hakim dalam menyampaikan keputusan pagi semalam sebagai alasan kenapa mereka percaya ada sesuatu yang tidak kena dengan keputusan membebaskan Anwar itu.

Dalam keadaan biasa hakim akan membaca penghakimannya terlebih dahulu sebelum membacakan keputusan, tapi pagi tadi hakim mengambil masa kurang 5 minit untuk membacakan keputusan dan memberi alasan ringkas, sebelum meninggalkan kamar mahkamah.

Perbicaraan ini berlangsung selama lebih 3 tahun tapi alasan ringkas hakim mencetus lebih banyak tanda tanya, seolah ada agenda lain disebalik pembebasan tersebut.

Hasil dari analisa penulis, banyak pihak dalam UMNO merasakan bahawa pembebasan Anwar adalah sebahagian daripada strategi licik Perdana Menteri Najib untuk memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang.

Semua orang tahu yang Najib adalah seorang yang cukup berhati-hati dalam permainan politik. Najib sudah melihat bahawa dengan menghantar Anwar ke penjara hanya akan memberi kesan yang teruk kepada prestasi BN dalam pilihanraya akan datang.

Jangkaan ini adalah berdasarkan fakta bahawa undi cina tidak akan lagi menyebelahi BN seperti mana Anwar pertama kali dipenjara pada 1999. Keadaan itu ditambah pula dengan undi simpati orang Melayu ke atas Anwar, akan menjurus kepada keadaan yang tidak diingini Najib.

Pada Najib setiap undi adalah penting, maka itu keputusan terbaik ialah dengan membebaskan Anwar.

Dengan membebaskan Anwar, Najib sebenarnya beroleh dua keuntungan. Pertama, pada firasatnya imej Anwar akan semakin merosot kerana galak menuduh UMNO sebagai dalang disebalik konspirasi ke atasnya dan kedua UMNO sendiri sudah ‘membersihkan’ dirinya dari tuduhan mengawal kebebasan badan kehakiman.

Dengan pembebasan ini juga, Pakatan Rakyat sebenarnya sudah kehilangan antara isu penting yang boleh diketengahkan untuk menyerang pentadbiran Najib dan parti pimpinannya dalam keadaan sekarang dan dalam kempen pilihanraya umum akan datang.

Tanpa sedar, isu konspirasi politik dan badan kehakiman yang tidak bebas ini memberi banyak kelebihan kepada Pakatan Rakyat dan tekanan kepada BN.

Walaupun masih ada lagi isu berkaitan National Fedlot Corporation (NFC) yang boleh diketengahkan, tetapi penulis lihat isu itu mudah sahaja diredakan kalau Najib tidak mencalonkan Shahrizat dalam pilihanraya akan datang.

Penulis berpandangan, adalah sangat berbaloi untuk kepimpinan Pakatan Rakyat melihat semula agenda tersembunyi di sebalik pembebasan ini dari segenap sudut dan merencanakan strategi tindak balas yang sepatutnya.

16 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hal ini sudah beres, baik semua parti meletakkan perhatian mereka dalam strategi masing-masing untuk menghadapi pilihanraya ke-13.

    ReplyDelete
  3. Jika Anwar dipenjarakan, hal ini pasti akan dipolitikkan, tapi bila Anwar sudah dibebaskan, hal ini tetap dipolitikkan.

    ReplyDelete
  4. apa2 saja isu boleh dipolitikkan. terpulanglah setiap individu untuk menilai keputusan mahkamah yang berpihak pada Anwar.

    ReplyDelete
  5. Unless you can obtain a definitive answers from ALL eligible voters pertaining the future premier of our country, this article is no more than just a speculation in this GE13 fever.

    ReplyDelete
  6. Ada-ada saja spekulasi timbul. Tidak sabar-sabar mahu PRU13 kah ni?

    ReplyDelete
  7. Tepulang kepada dir masing2 bagaimana mahu menilai isu ini. Yang penting undi dengan bijak dalam p/raya nanti.

    ReplyDelete
  8. semua perlu menghormati keputusan yang dibuat mahkamah.

    ReplyDelete
  9. kepuusan ini juga menunjukkan mahkamah adil dalam membuat keputusan dan tidak wujud konspirasi seperti yang dikatakan Anwar.

    ReplyDelete
  10. pada PRU nnti, kita tgk adakah Anwar akan berjaya.

    ReplyDelete
  11. Kekalahan itu kita tidak boleh jangka. Tapi untuk menang itu rasanya agak sukar sedikit tambahan lagi BN agak kukuh buat masa sekarang.

    ReplyDelete
  12. tahniah kepada anwar kerana menang dan berjaya lepas dari hukuman.

    ReplyDelete
  13. Bagi saya, ni perkara yang melucukan. PR meramal Anwar akan menang besar sekiranya dia dipenjara. Tapi mahkamah telah melepaskan Anwar tanpa disabitkan kesalahan. Jadi, sekiranya Anwar dibebaskan kemungkinan besar dia akan kalah teruk......

    ReplyDelete
  14. apa sebenarnya tujuan Anwar membawa penyokong2nya berhimpun dihadapan mahkamah?? adakah untuk mempengaruhi keputusan mahkamah??

    ReplyDelete
  15. tindakan Anwar mengarahkan penyokong2nya berhimpun menunjukkan beliau sebenarnya tidak layak memimpin negara ini.. sepatutnya beliau sebagai pemimpin perlu mempertahankan rakyat, bukan rakyat yang mempertahankan beliau..

    ReplyDelete