Wednesday 11 January 2012

KEPUTUSAN KES LIWAT II, BN TIDAK TERTEKAN



BARISAN Nasional (BN) tidak gentar atau tertekan sama sekali dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang melepas dan membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menafikan sindiran seumpama itu, Timbalan Perdana Menteri berkata BN dengan berani telah melalui 12 pilihan raya umum sebelum ini dan sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan tahun ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno berkata, pengalaman yang diperoleh selama ini akan membantu jentera BN menghadapi pilihan raya umum nanti.

"Tak ada tekanan, siapa yang kata kita tertekan? Apa keputusan sekalipun itu keputusan mahkamah. Kita punya persiapan bukan kerana ada pihak yang menekan kita baru kita kerja. Kita buat kerja seperti biasa.

"Kita sudah melalui proses pilihan raya bukan sekali, dah masuk kali ke-13. Kita mempunyai pengalaman banyak. Jadi kita tak tertekan dalam soal ini. Kita akan hadapi walau apa pun keadaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan khas kepada warga Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini Selasa.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata BN menghormati keputusan berhubung Anwar dan menegaskan kebebasan badan kehakiman membuat keputusan tanpa sebarang campur tangan daripada pihak luar termasuk parti politik.

Beliau berkata keputusan itu juga pastinya akan meningkatkan keyakinan orang ramai mengenai amalan demokrasi negara ini yang berteraskan kepada badan eksekutif, perundangan dan kehakiman tanpa sebarang campur tangan antara satu sama lain.

Katanya keputusan itu juga membuktikan ketelusan sistem demokrasi negara ini kepada dunia luar.

Beliau yakin selepas ini tiada pihak termasuk pembangkang dan pihak yang menyalahkan kerajaan menuduh kerajaan BN kononnya apa yang berlaku di negara ini adalah tidak adil.

"Saya yakin keputusan ini meyakinkan masyarakat Malaysia dan antarabangsa tentang kegigihan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa proses transformasi negara ke masa depan yang lebih baik. Ini sudah pun dapat dilihat dengan jelas apa yang berlaku di mahkamah semalam," katanya. (BERNAMA)

11 comments:

  1. Its good that this case is finally completed, hope that everyone will accept the courts decision.

    ReplyDelete
  2. Buat apa nak tertekan? Anwar dibebaskan, penyokong beliau gembira. Fokus saja kepada persediaan menghadapi PRU13.

    ReplyDelete
  3. tak ada sebab BN nak tertekan, kes ini tak ada kaitan pun dgn BN.

    ReplyDelete
  4. Lebih baik tumpuh kepada strategik dan mempertingkatkan prestasi kerja

    ReplyDelete
  5. kes sudah berlalu, jadi semua harus fokus ke hadapan.

    ReplyDelete
  6. semua perlu tingkatkan usaha dan menunaikan tugas kepada rakyat dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  7. Harap kes ini dibiarkan tutup di sini sajalah, jangan lagi mempersoalkan isu ini lagi.

    ReplyDelete
  8. Itu adalah keputusan muktamad dari pihak kehakiman. Maka tidak ada bantahan dari pihak yang tertentu mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  9. Kepada orang Anwar yang memburukan BN dan mahkamah maka sedarlah sekarang bahawa kuasa mahkamah tidak akan dikuasai oleh mana-mana pihak. Keputusan adalah muktamad.

    ReplyDelete
  10. dengan keputusan mahkamah yang memihak kepada Anwar, fikirlah siapa sebenarnya yang bermain dengan fitnah..

    ReplyDelete
  11. kemenangan Anwar yang menggunakan perhimpunan untuk membebaskan beliau tidak semestinya menggambarkan kemenangan beliau pada pilihanraya umum nanti.. mungkin beliau boleh bergembira dengan keputusan mahkamah ini namun untuk pilihanraya belum tahu lagi..

    ReplyDelete