Tuesday 10 January 2012

KEPUTUSAN MAHKAMAH SANGKAL FITNAH



PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat telah dapat membersihkan sama sekali kerajaan daripada tuduhan tidak berasas berhubung campur tangan dan konspirasi kerajaan terhadap pemimpin pembangkang itu.

"Keputusan hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa di sebalik apa yang telah didakwa, sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi bebas, di mana baik politik mahupun ahli politik mempunyai sebarang pengaruh berhubung pelaksanaan keadilan," katanya.

Najib berkata ini sebaliknya mengukuhkan pemisahan kuasa yang jelas bagi setiap cabang kerajaan Malaysia, dan begitu juga cabang lain tidak campur tangan dalam urusan cabang yang lain.

"Sebagai Ketua Cabang Eksekutif, saya hormati keputusan cabang lain dalam kerajaan, badan kehakiman,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebaik kepulangan beliau hari ini daripada satu lawatan ke Afrika Selatan.

Mahkamah Tinggi Isnin melepaskan dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, pada 2008. Najib berkata kes ini dibawa oleh seorang individu persendirian dan adalah penting tuduhan beliau itu didengar di mahkamah.

"Jauh daripada menjadi satu perbicaraan bermotifkan politik, ia telah menjadi satu gangguan yang tidak dialu-alukan daripada hal yang lebih penting untuk mentadbir negara kita demi kepentingan rakyat Malaysia," katanya.

Ini merupakan tuduhan meliwat yang kedua dihadapi Anwar. Pada 8 Ogos, 2000, dia disabitkan dan dihukum penjara sembilan tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.

Bagaimanapun, empat tahun kemudian, dia dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1, mengubah sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara. (BERNAMA)

13 comments:

  1. Harap sistem kehakiman Malaysia akan terus berjalan dengan bebas dan adil.

    ReplyDelete
  2. Rasanya Anwar sudah boleh menghembuskan nafas dengan lega selepas dibebaskan sekarang.

    ReplyDelete
  3. Setiap orang mempunyai persepsi masing2 tentang keputusan mahkamah ini.

    ReplyDelete
  4. Mahkamah seharusnya jadi badan bebas yang tidak boleh dipengaruhi oleh mana2 pihak dalam proses keadilan mereka.

    ReplyDelete
  5. keputusan tersebut menunjukkan mahkamah adalah adil dan bebas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dakwaan bahawa mahkamah tidak bebas adalah tidak benar.

      Delete
  6. keputusan ini juga mengembalikan keyakinan orang ramai tehadap sistem kehakiman negara.

    ReplyDelete
  7. Bapa Saiful Bukhari pula tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan merayu Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang telah membebaskan Anwar. Beliau berkata akan terus bersama anaknya itu menuntut keadilan bagi mengembalikan nama dan maruah Mohd Saiful serta seluruh ahli keluarganya.

    ReplyDelete
  8. samada keputusan berpihak pada Anwar atau Saiful, saya rasa tetap juga ada ketidakpuasan hati dari kedua2 belah pihak. apapun, pembebasan Anwar adalah satu keputusan muktamad oleh mahkamah.

    ReplyDelete
  9. Saya sokong dengan apa pun keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Yang saya tahu mahkamah membuat keputusan tanpa ada memihak kepada sesiapa pun. Adil tetap adil.

    ReplyDelete
  10. Kita harap tidak ada pihak lagi yang menafikan lagi keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

    ReplyDelete
  11. eloklah jika Anwar dan penyokong2nya tampil membersihkan imej badan kehakiman negara ini memandangkan institusi ini telah terjejas disebabkan oleh pemimpin2 mereka ketika kes Anwar masih dibicarakan..

    ReplyDelete
  12. ramai yang mengatakan bahawa keputusan itu adil jika menyebelahi Anwar.. bagaimana dengan Saiful? hanya disebabkan Anwar mempunyai penyokong yang ramai malah sanggup turun ke jalan raya mempertahankan beliau sekaligus mendapat gelaran anugerah tuhan, maka keadilan wajib berpihak kepada Anwar??

    ReplyDelete