Monday 23 January 2012

KERAJAAN BN MAMPU BIAYAI RAKYAT



Oleh : ABU BAKAR ESAH

SAMPAIKAN.....Azizah menyampaikan baucer bayaran BR1M kepada seorang penduduk sambil disaksikan Kamarlin (kanan), Isnin (empat kanan) dan Wong (tiga kanan).

MENTERI Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai wang yang banyak untuk dikongsi dengan semua rakyat.

Katanya ianya dibuktikan apabila kerajaan menyediakan peruntukan yang banyak bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan dan bantuan kepada semua rakyat d negara ini tanpa meminggirkan mana-mana kaum.

“Kerajaan BN sentiasa komited dan terus berusaha untuk membantu semua rakyat negara ini tanpa seorangpun dari kalangan rakyat akan terpinggir,” katanya ketika melancarkan majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Dewan Baru Beaufort, kelmarin.

Hadir sama, Adun Lumadan, Kamarlin Ombi, Pegawai Daerah Beaufort, Wong Foo Tin, Timbalan Ketua umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasni, Naib Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Kimjus Duin, Ketua Pergerakan Puteri Umno Beaufort, Saridah Mohd Dun dan pemimpin parti komponen BN Bahagian Beaufort.

Pada majlis itu Azizah, Isnin dan Saridah menyempurnakan simbolik menyampai baucer bantuan itu kepada beberapa penduduk daripada 500 penerima pada pembayaran peringkat pertama Dun Klias itu.

Azizah yang juga Adun klias berkata dengan bantuan sebanyak RM500 bagi setiap ketua keluarga melalui BR1M jelas memnuktikan bahawa kerajaan amat prihatin dengan bebanan kehidupan rakyatnya terutamanya pada awal tahun.

“Bantuan RM500 ini diharap akan dapat meringankan bebanan rakyat yang berhadapan degan kos sara hidup yang semakin tinggi dan meruncing terutamanya pada awal tahun dimana bermulanya musim persekolahan. Justeru itu harapan saya gunakanlah bantuan ini dengan sebaiknya untuk manfaat diri dan keluarga,” katanya.

Azizah juga berharap agar rakyat terus menaruh keyakinan kepada kerajaan dan barisan kepimpinan BN di semua peringkat.

“Yakinlah dan beri sokongan kepada kepimpinan kerajaan BN yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman.

“Kami pemimpin diperingkat Bahagian Beaufort ini akan sentiasa bekerjasama untuk membawa pembangunan dan membantu rakyat di kawasan ini,” katanya.

Sementara itu Wong berkata Pejabat Daerah akan membuka kaunter pemberian baucer di Dewan Pa' Musa pada Khamis depan bagi memberi kemudahan kepada penerima mendapatkan baucer pembayaran mereka.

Beliau juga memaklumkan bahawa pihak pengurusan BR1M bagi Daerah Beaufort membuka permohonan sehingga 15 Februari.

No comments:

Post a Comment