Tuesday 10 January 2012

KES LIWAT II KE MAHKAMAH RAYUAN?



Oleh : SYED MU'AZ SYED PUTRA (TMI)

MOHD SAIFUL Bukhari Azlan berharap pihak pendakwa dapat mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk mendapat pembelaan adil untuk dirinya.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Mohd Saiful (gambar), 26, bekas pembantu peribadi dan pengadu kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mempunyai hak untuk mendapat pembelaan yang adil hingga ke peringkat tertinggi badan kehakiman.

"Semua sedia maklum keputusan pada hari ini tidak memihak kepada saya. Namun saya redha dan menghormati keputusan ini, saya menerimanya dengan hati yang tenang.

"Bagaimanapun aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mempunyai hak untuk diadili hingga ke peringkat mahkamah atasan. Oleh itu saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwa raya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan," katanya.

Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, kelmarin, dilepaskan dan dibebaskan dari tuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tambah Mohd Saiful, beliau percaya setiap perkara yang berlaku ‘ada hikmahnya’ selain ia ketentuan Allah.

"Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia. Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana," kata Mohd Saiful di akhir tulisannya bahawa beliau tidak akan sesekali menyerah kalah.

12 comments:

  1. Baik kita terima saja keputusan daripada mahkamah. Sudah dikatakan tidak ada bukti yang mencukupi, apa lagi yang boleh dirayu?

    ReplyDelete
  2. "Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia. Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana," kata Mohd Saiful di akhir tulisannya bahawa beliau tidak akan sesekali menyerah kalah.

    Menerima perancangan allah tapi tidak menyerah kalah?

    ReplyDelete
  3. Mulut cakap lain, dalam hati lain pula.

    ReplyDelete
  4. Lebih baik redha saja kerana Tuhan akan tunjukkan kebenarannya juga suatu hari nanti. Jika Saiful sendiri yang menipu, memang hanya akan merugikan dna memalukan diri saja.

    ReplyDelete
  5. bercanggah pula kenyataan si Saiful ni...

    ReplyDelete
  6. nampaknya kes ini belum tamat.

    ReplyDelete
  7. kes liwat II ni berpihak pada Anwar kali ini. dulu dia dia dipenjarakan selama 9 tahun. agaknya, lega sangat Anwar kali ini.

    ReplyDelete
  8. Saiful redha tetapi ada juga kenyataan bapanya yang memperlihatkan ketidakpuasan hati, yang mahu mahkamah tinggi membuka fail rayuan untuk Saiful.

    ReplyDelete
  9. Kita tunggu saja perlaksanaan seterusnya mengenai kes ini. Selagi kebenaran ada kita teruskan memperjuangkannya.

    ReplyDelete
  10. Saiful seperti tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi. Dia masih inginkan kes ini dibawa kepada mahkamah atasan lagi.

    ReplyDelete
  11. kalaulah saiful mempunyai penyokong yang ramai seperti Anwar dan sanggup turun ke jalanraya mempertahankan beliau, rasanya keputusan mahkamah juga akan memihak kepada beliau..

    ReplyDelete
  12. Anwar mungkin boleh menang kes perbicaraan mahkamah, tapi belum tentu akan menang pilihanraya umum nanti..

    ReplyDelete