Thursday 19 January 2012

KESEDERHANAAN TERAS DASAR LUAR MALAYSIA



KESEDERHANAAN sememangnya menjadi teras dasar luar Malaysia, dan ia telah terbukti menjadi elemen yang berjaya mengekalkan hubungan baik antara negara-negara.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata dalam mengendalikan hubungan antarabangsa, Malaysia telah memastikan negara menggunakan pendekatan mengikut peraturan, mengadakan perbincangan konstruktif, rundingan, dialog dan perbincangan lanjut, menyifatkannya sebagai wadah kesederhanaan.

"Saya percaya semua pendekatan ini telah dicuba dan diuji dan berjaya sejak bertahun-tahun lamanya," katanya pada majlis makan tengah hari bagi meraikan 350 perwakilan yang menghadiri Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global (ICGMM) di sini Selasa.

Sebagai sebuah negara berbilang kaum, Malaysia mempunyai asas kukuh dalam mengamalkan toleransi, katanya dan menurutnya beliau percaya itu merupakan nilai paling penting dalam hubungan antara negara-negara.

"Kita tidak boleh harapkan orang lain untuk bersikap bertolak ansur dan menerima sekiranya kita tidak bersikap sedemikian kepada orang lain," kata Anifah.

Anifah menyifatkan sokongan terhadap pergerakan moderat global yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin meningkat.

Menteri Luar itu berkata dunia perlu bersatu untuk mengekang ideologi ekstremis daripada diterjemahkan kepada tindakan keganasan dan perkara itu dapat dilakukan menerusi amalan kesederhanaan.

"Dengan saling bersatu, simfoni kesepaduan suara kita bukan sahaja akan didengar, tetapi akan menenggelamkan suara golongan ekstremis," katanya.

ICGMM dirasmikan oleh Najib. (BERNAMA)

10 comments:

  1. Kerjasama dan hubungan antara negera kita dan negara yang lain perlulah dikekalkan supaya kita boleh saling bantu-membantu untuk kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  2. Idoelogi ekstremis perlulah ditolak dan kesederhanaan disokong.

    ReplyDelete
  3. bersikap sederhana adalah baik, ia dpt memupuk kerjasama dan saling hormat menghormati.

    ReplyDelete
  4. jangan terlebih berlagak nanti tidak disukai

    ReplyDelete
  5. Menjalinkan perhubungan dengan negara lain adalah satu perkara yang perlu diberikan sokongan. Kerana ini boleh membantu perkongsian dibuat.

    ReplyDelete
  6. "Kita tidak boleh harapkan orang lain untuk bersikap bertolak ansur dan menerima sekiranya kita tidak bersikap sedemikian kepada orang lain."

    Do unto others as you would have them do unto you.

    ReplyDelete
  7. jika kesederhanaan itu tidak dipupuk di dalam negara sendiri, bagaimana untuk mewujudkan hubungan baik di kalangan negara luar pula? semoga ideologi ekstremis tidak wujud di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. Bersikap sederhana di negara sendiri dahulu dan praktikkannya dalam dasar luar negara.

      Delete
  8. mungkin itulah petua yang diamalkan oleh kerajaan negara ini sehingga mampu mengekalkan hubungan baik dengan negara2 lain sehingga hari ini..

    ReplyDelete