Friday 20 January 2012

KETUA AUDIT YANG SAHKAN NFC GAGAL

JINGGA 13 membantah hasrat kerajaan melantik sebuah firma perunding perakaunan bagi tujuan menjalankan penelitian wajar untuk mengaudit projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti mana dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua kordinatornya, Fariz Musa berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada 24 Oktober 2010 telah mengesahkan melalui pemeriksaan audit mengesahkan bahawa NFC adalah gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Katanya, Muhyiddin bukan sahaja turut terpalit dengan isu skandal NFC tersebut adalah tidak mempunyai kredibiliti dan integriti lagi untuk mengumumkan sebarang hasrat atau tindakan kerajaan yang sudah pasti menimbulkan prejudis oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Penglibatan Tan Sri Muhyiddin adalah jelas dalam skandal NFC kerana beliau ketika itu sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan projek tersebut kepada syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau menambah, skandal NFC semakin memuncak dan pendedahan demi pendedahan telah dilakukan terhadap pelbagai isu yang melibatkan penyelewengan dan pecah amanah dilakukan oleh ahli keluarga Shahrizat yang kini dalam siasatan pihak polis dan SPRM .

Tambahnya, Jingga 13 mendesak agar diwujudkan dengan segera sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat segala dakwaan kepincangan dan penyelewengan dalam projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan yang dijalankan oleh NFC.

Menurutnya, Suruhanjaya Diraja tersebut adalah mereka yang terdiri daripada yang benar-benar profesional dan berintegriti dalam menyiasat secara terperinci NFC yang melibatkan wang rakyat sejumlah RM250 juta.

Katanya, Muhyiddin seolah-olah bertindak bagi tujuan untuk menutup pekung sebenar dengan hasrat melantik firma perakaunan tersebut.

"Beliau harus bertanggungjawab terhadap perlantikan syarikat ahli keluarga Shahrizat yang ternyata tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam industri perternakan lembu,” ujarnya lagi.

8 comments:

  1. Kerajaan perlulah menukarkan pengurusan NFC ini kepada orang lain yang boleh melakukan tugas yang lebih baik dalam NFC ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin lebih baik ia diberikan kepada mereka yang bukan di kalangan keluarga menteri.

      Delete
  2. Best get a second opinion regarding this matter.

    ReplyDelete
  3. maki rumit isu NFC ni.. harap ia dpt diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  4. Sekejap cakap tak gagal, sekejap cakap gagal. Siapa yang sebenarnya layak untuk menilai lulus atau gagalnya projek NFC ini?

    ReplyDelete
  5. Benar selagi belum ada laporan keputusan yang sah maka kita tidak boleh mengatakan bahawa shahrizat itu bersalah.

    ReplyDelete
  6. Laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak menyatakan bahawa NFC gagal mencapai matlamat. di mukasurat 138, tercatat bahawa sasaran 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 sebenarnya tercapai...

    satu lagi penipuan dibuat oleh pembangkang..

    ReplyDelete