Wednesday 25 January 2012

KHALIFAH UMAR TINGGALKAN 1 BILION DINAR

DIRIWAYATKAN bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz r.a. meninggalkan 1 bilion dinar (mengikut nilai sekarang lebih kurang RM750 bilion) dalam perbendaharaan selama dua tahun setengah pemerintahannya.

Persoalannya, berapa pula Umno yang dipimpin Najib tinggalkan untuk negara setelah hampir 55 tahun Umno/BN memerintah negara; sebaliknya sebanyak RM 1.02 trilion dilaporkan hilang dalam masa 10 tahun terakhir ini oleh badan dunia melalui amalan rasuah, pengubalan wang haram dan bermacam-macam skandal.

Mungkin yang tinggal hanyalah 'dua bibir merah' yang disimpan dengan rapi tetapi jika ianya boleh dicabut, pasti 'dua bibir merah' itu pun akan lesap.

Pemimpin Umno jangan bercakap besar dalam tadbir urus negara jika hidup mati negara di kelilingi hutang yang tidak terhitung jumlahnya. Apabila ada pemimpin DAP yang ingin mengikut jejak Khalifah Umar Abdul Aziz r.a., mereka dengan nada sombong memperlekehkannya.

Sepatutnya sebagai umat Islam, kita patut berbangga dengan contoh yang ditinggalkan oleh Umar Abdul Aziz r.a., apatah lagi ada pemimpin bukan Islam ingin mencontohi beliau. Inilah sikap haprak Umno yang semakin hari semakin celaka dengan memerah keringat warga marhaen.

Semasa zaman Khalifah Umar Abdul Aziz r.a., harta yang ada di baitumal terlalu banyak sehinggakan tidak tahu mana hendak diagehkan kerana tiada rakyat yang susah berbanding dengan pemerintahan Umno yang sentiasa memikirkan bagaimana untuk merompak wang yang ada dalam simpanan rakyat.

Apa alasan Umno terhadap pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz r.a., mungkin mereka akan kata kerajaan Islam ketika itu sudah kaya dan pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz r.a. sudah pun bertapak kukuh.

Sebagaimana pendedahan terbaru tentang pembelanjaan Rosmah di Australia baru-baru ini, yang kononnya berbelanja besar? Inikah contoh pemimpin-pemimpin Umno/BN yang korup dan menyusahkan warga marhaen saban hari?

Bagi mereka 'harta rakyat adalah harta mereka dan harta mereka adalah harta mereka', slogan yang cukup sinonim dengan pemimpin Umno/BN. "Gua apa peduli rakyat susah, janji gua dan keluarga gua hidup senang. Bila rakyat bising, gua sumbat kat mulut mereka dengan beberapa ratus RM pasti hilang bisingnya."

Bagi saya inilah kebodohan yang ada pada ahli Umno yang saya umpamakan, bila lepas pilihan raya bukan main marah mereka kepada pemimpin mereka sampai berguni-guni sumpah seranah mereka kerana pemimpin mereka tidak langsung menjengukkan muka.

Bila dekat pilihan raya baru nampak batang hidung mereka mencari simpati dan dengan menepuk bahu dengan beberapa keping note RM 50 masuk poket, hilang terus sumpah seranah mereka selama 5 tahun. Itulah nilai sebenar ahli-ahli Umno bagi para pemimpin mereka sambil dalam hati pemimpin tersebut akan berkata, betapa bodohnya pengikut-pengikut Umno.

Saya merayu kepada para penyokong tegar Umno agar fikir dengan akal yang waras menolak Umno/BN pada PRU13 nanti dan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah untuk kita menilainya.

Jika mereka pun perangai macam Umno/BN, maka kita pakat-pakat tolak terus pada PRU14. Kita patut memikirkan apa yang akan berlaku kepada anak cucu kita jika kerajaan yang kita dokong ini muflis kerana nafsu serakah segelintir pemimpin Umno.

No comments:

Post a Comment