Thursday 5 January 2012

KIKIS FAHAMAN POLITIK SEMPIT

POTONG…Lajim dan Isteri Datin Normilah bersama jemputan lain memotong kek Hari Natal sempana sambutan tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

GAGASAN 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bukan sahaja perlu difahami namun perlu dilestarikan sebagai amalan hidup dalam budaya harmoni yang bersatu padu oleh pelbagai lapisan kaum di negara ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim haji Ukin berkata, dalam hubungan ini, rakyat perlu mengekalkan keharmonian antara kaum bagi memastikan proses pembangunan negara berjalan lancar dalam mencapai status negara maju menjelang 2020.

Katanya, cita-cita tersebut pasti akan berjaya dicapai dengan penglibatan rakyat daripada pelbagai kaum.

Menurutnya, keharmonian dan perpaduan yang wujud sekarang tidak akan kekal jika rakyat mudah terpengaruh dengan pelbagai dakyah dan fitnah.

“Di Sabah hubungan rakyat walaupun terdiri dari pelbagai kaum,agama dan kepercayaan dan idelogi politik berbeza namun hubungan harmoni tetap terus terpelihara boleh duduk bersama khususnya dalam majlis majlis keramaian seperti majlis rumah terbuka, kenduri kahwin dan sebagainya,” katanya ketika berucap di majlis Pesta Natal anjuran MAYANG Parlimen P.177 Beaufort di Dewan St John Jempangah di Beaufort, baru-baru ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Then, Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Kimjus Duim dan Timbalan Pengerusi Penyalaras MAYANG Parlimen Beaufort Hajah Johiar Matlani

Tambah Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort budaya kunjungi mengunjungi ini sehingga kini masih kekal menjadi amalan rakyat Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum tanpa sebarang halangan, namun saat-saat akhir ini ada juga pemimpin politik di negeri ini mula mempertikaikan dan cuba mengekspoltasikan kelestrian budaya ini dengan fahaman politik sempit mereka

“Bila kita hadir rumah terbuka, kenduri kahwin rakan-rakan kita walau berlainan idelogi politik kita dilontarkan pula dengan tuduhan bersengkokol dengan parti pembangkang. Inilah fahaman politik sempit kita yang perlu dikikis jika kita mahu menjadi Ikon parti yang benar benar memahami konsep 1 Malaysia,” jelas Lajim

Menurutnya parti pembangkang memang lebih gemar melemparkan fitnah walaupun usaha yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk kebaikan rakyat keseluruhannya, namun penyakit menabur fintah ini menjangkit pula di kalangan individu atau pemimpin politik tertentu dari Barisan Nasional di negeri ini yang buta memahami antara program politik dan majlis keramaian seperti majlis rumah terbuka yang tiada hubungannya dengan program politik.

"Tidak dapat dinafikan dalam sebuah negara demokrasi, pembangkang memainkan peranan iaitu sebagai 'pengimbang' bagi memastikan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan bagi kita sebagai Pemimpin BN inilah peluang terbaik kita mendekati mereka agar menyokong BN,” tegas Lajim.

Menurut beliau, pembangkang sengaja mencari usaha memburuk-burukkan kerajaan kerana bimbang akan hilang sokongan, namun sebilangan pemimpin dalam BN pula memburuk burukan pula sesama pemimpin BN dengan agenda yang lain.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno mengajak seluruh rakyat agar terus mengukuhkan perpaduan.

12 comments:

  1. Keharmonian antara rakyat adalah penting. Harap Sabah akan mengekalkan semangat perpaduan ini.

    ReplyDelete
  2. Untuk ke arah kemajuan dan pembagunan, kerjasama daripda semua lapisan masyarakat amat diperlukan. Marilah kita sama-sama berusaha.

    ReplyDelete
  3. Tolak ahli politik yang gunakan sentimen kaum dan agama untuk raih sokongan. Tolah fahaman politik yangs sempit.

    ReplyDelete
  4. kita semua harus mempunyai sifat tolak ansur, menghormati dan kerjasama, dgn ini hidup akan harmoni.

    ReplyDelete
  5. 1 Malaysia perlu diberikan pendedahan lebih bagi memastikan pihak pembangkang tidak memutar belitkan cerita.

    ReplyDelete
  6. perpaduan yang ada harus dijaga dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  7. semua haruslah bersikap saling menghormati dan bertolak ansur.

    ReplyDelete
  8. mungkin penjelasan Lajim ini cukup untuk menafikan fitnah beberapa pihak yang mengatakan beliau kononnya bersekongkol dengan parti pembangkang.. tapi bagaimana dengan khabar angin yang mengatakan bahawa beliau akan menyertai parti baru??

    ReplyDelete
  9. saya harap apa yang dikatakan beliau itu benar dan semua cakap2 sebelum ini hanya fitnah semata2.. rasanya rakyat Sabah tidak mudah dipengaruhi oleh politik sempit lebih2 lagi jika pihak yang dimaksudkan itu sentiasa tampil dengan penjelasan bagi memberikan gambaran sebenar..

    ReplyDelete
  10. hubungan rakyat di Sabah memang saya salute & bangga sebab walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama tapi tetap hidup bersatu dan hormat menghormati. semoga keadaan ini berlanjutan.

    ReplyDelete
  11. Akhirnya, ada kenyataan dari Lajim mengenai kabar2 angin yang telah tersebar luar. Sehinggakan banyak pihak yang menjemput beliau untuk bersama-sama dalam 1 kapal. Kenyataan yang diberi ni menunjukkan Lajim masih setia dalam UmnoBN. Nampaknya Lajim bukan la "Katak" ketika hampir kemunculan PRU13.

    ReplyDelete
  12. Pihak pembangkang sememangnya sentiasa menunggu peluang untuk menabur fitnah kepada pemimpin2 Sabah. Sekiranya, pemimpin2 hadir pada majlis2 yang berlainan ideologi politik akan dikatakan bersengkokol tetapi sekiranya tidak hadir akan dikatakan sombong dan tidak mesra rakyat.

    ReplyDelete