Wednesday 25 January 2012

KIT SIANG GESA PENGERUSI PAC LETAK JAWATAN

PENASIHAT DAP Lim Kit Siang mahu pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid meletak jawatan kerana didakwa melambatkan 'penyiasatan penuh' terhadap dakwaan salah urus projek Fidlot Kebangsaan.

Ahli parlimen Ipoh Barat itu menggesa Azmi supaya "jangan menjadi halangan" kepada siasatan segera PAC terhadap tuduhan itu agar jawatankuasa berkenaan boleh membentangkan penemuannya di Parlimen apabila ia bersidang semula Mac ini.

Lim membuat gesaan itu ekoran Azmi, yang juga ahli parlimen Padang Besar, menghentikan siasatan PAC terhadap pengurusan projek lembu itu, sehingga polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyelesaikan siasatan mereka.

"Keputusan PAC menghenti atau menggantung siasatannya terhadap pendedahan Ketua Audit Negara berhubung skandal itu hanyalah kecenderungan peribadi Azmi dan bukan keputusan kolektif PAC, kerana PAC tidak mengadakan mesyuarat selepas bermulanya siasatan polis dan SPRM terhadap NFC," katanya.

"Azmi tidak seharusnya mengenakan kehendak peribadi ke atas PAC apabila kepentingan negara menuntut PAC melaksanakan kewajipannya menjalankan siasatan penyiasatan segera dan serta-merta terhadap skandal tersebut."

9 comments:

  1. Lebih baik pihak lain tidak mahu masuk campur mengenai siasatan. Tindakan itu cuma akan lebih melambatkan siasatan.

    ReplyDelete
  2. Pembangkang sememangnya gemar membesarkan lagi isu biar pun dalam siasatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak menghairankan sebab selagi belum terbukti dakwaan itu benar belaka, selagi itu pembangkang tak akan berpuas hati.

      Delete
  3. pembangkang tak perlulah nak sibuk2 dalam kes ini, biarlah ia disiasat.

    ReplyDelete
  4. Rakyat mahukan kebenaran tentang isu NFC ini. Diharap jangan ada pihak yang sengaja mengganggu atau memanipulasi isu NFC.

    ReplyDelete
  5. Jadi kalau pengerusi PAC letak jawatan, siapa mahu ganti? Kit Siang?

    ReplyDelete
  6. sikit2 suruh letak jawatan. ini bukan satu penyelesaian yang terbaik berhubung isu NFC. mungkin lagi bertambah rumit nanti.

    ReplyDelete
  7. Apa Kit Siang punya kuasa menyuruh orang lain untuk meletak jawatan.

    ReplyDelete
  8. kalau boleh semua pemimpin2 Pakatan mahu menjadi hero dalam isu NFC.. dia senang la arahkan itu ini, sebab bukan dia yang buat kerja..

    ReplyDelete