Saturday 21 January 2012

KOMPAUN LEWAT DAFTAR KELAHIRAN DIKECUALIKAN

BAYARAN kompaun RM50 untuk pendaftaran kelahiran yang dikemukakan melebihi tempoh 42 hari kini dikecualikan di seluruh negara, berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dibuat berdasarkan Seksyen 38 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 dan Seksyen 17 Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Sabah, Bab 123).

Berdasarkan peraturan sedia ada, pendaftaran kelahiran perlu dibuat dalam tempoh satu hingga 14 hari dan bayaran proses adalah percuma, manakala pendaftaran yang dibuat melebihi tempoh tersebut tetapi kurang 42 hari akan dikenakan bayaran proses RM5.

Bagaimanapun, untuk permohonan yang dikemukakan selepas 42 hari tempoh kelahiran, pemohon akan dikenakan RM10 untuk bayaran proses, selain dikompaun RM50, katanya dalam kenyataan di sini. (BERNAMA)

11 comments:

  1. Pendaftaran kelahiran anak-anak perlulah dilakukan segera, jika pendaftaran terlambat banyak masalah yang timbul nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bgslah kompaun dan dikecualikan, bagaimanapun, jgnlah melewatkan pendaftaran kelahiran.

      Delete
    2. Jangan disebabkan kelalaian ibu bapa sendiri untuk lewat mendaftarkan anak mereka mengundang masalah ke atas anak tersebut di masa depan.

      Delete
  2. Ada ibu-bapa yang gagal mendaftarkan kelahiran anak mereka, jadi susah untuk budak tersebut bila cukup umur persekolahan, lagi susah memohon IC bila umur 12 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes seperti ini memang berlaku terutama pada masa2 yang lalu. ada anak yang terpaksa menghentikan niat untuk menyambung persekolah setelah tamat tahun 6 kerana ketiadaan surat beranak dan IC.

      Delete
    2. Yang kesian anak tersebut kerana terpaksa melalui semua itu disebabkan masalah dokumen.

      Delete
  3. jangan lengah2 penaftaran anak nanti akan menimbulkan masalah

    ReplyDelete
  4. Daftar kelahiran rasanya bukannya berat sangat untuk mendaftarkannya.

    ReplyDelete
  5. pihak yang berkenaan perlu juga mempertimbangkan sekiranya kelewatan pendaftaran kelahiran itu dapat disertakan dengan alasan2 kukuh dan logik..

    ReplyDelete
  6. sebelum ini wujud kes dimana terdapat PATI yang menggunakan dokumen penduduk tempatan yang menerima bayaran tertentu untuk mendaftarkan kelahiran anak2 mereka. kes2 seperti ini juga perlu diambil perhatian, bukan hanya menumpukan penambahbaikkan dari segi kompaun akibat lewat mendaftar kelahiran..

    ReplyDelete
  7. Klu lbih dari 2tahun mcm mne?

    ReplyDelete