Wednesday 11 January 2012

KOMUNITI 1MALAYSIA DESAK TUBUH RCI



Oleh : HAJI GHULABDIN ENJIH

KERAJAAN Persekutuan digesa agar segera melaksanakan Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Kad Pengenalan (IC) Projek di Negeri Sabah kerana isu ini amat membimbangkan penduduk tempatan kerana mencatatkan demografi yang luar biasa.

Resolusi untuk menubuhkan RCI oleh pelbagai pihak seperti parti-parti komponen Barisan Nasional(BN) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan sewajarnya dianggap oleh pihak berwajib sebagai satu desakan demi menyelesaikan dilema penduduk asal di Sabah.

SARAPAN….Kelihatan Haji Shamsuddin Awang Aman (duduk ketiga dari kiri) sedang menikmati sarapan pagi bersama sebahagian peserta Konvensyen Komuniti 1 Malaysia di Selangor.

Seorang Wakil Komuniti 1 Malaysia dari Negeri Sabah, Haji Shamsuddin Awang Aman menyatakan demikian ketika membangkitkan isu penting penduduk negeri di bawah bayu itu ketika menyertai sesi dialog di Konvensyen Komuniti 1Malaysia di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Haji Shamsuddin berkata, kehadiran begitu ramai PATI didapati memberikan ancaman yang amat serius terhadap keselamatan penduduk asal di Sabah dan adalah tidak wajar bagi kerajaan untuk melengah-lengahkan penubuhan RCI yang telah dikemukakan oleh parti-parti politik, NGO dan orang perseorangan.

"Saya fikir penduduk tempatan begitu gelisah kerana fenomena PATI ini di mana masyarakat asal amat memerlukan keamanan, keharmonian dan keselamatan untuk membolehkan mereka mencari rezeki serta memastikan kelangsungan hidup yang lebih selesa," kata Haji Shamsuddin yang juga mantan Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Likas.

Memandangkan keselamatan dan kestabilan, kata Haji Shamsuddin adalah tanggungjawab di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, maka sebagai pemimpin Komuniti 1 Malaysia di Sabah, beliau ingin mengingatkan agar isu PATI ini hendaklah diselesaikan dengan segera.

Dialog sempena Konvensyen Komuniti 1 Malaysia Peringakat Kebangsaan itu yang dirasmikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim dan telah dihadiri oleh seramai 2,000 orang pemimpin Komuniti dari seluruh Negara; yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Tuan Haji Ibrahim Abdul Rahaman dan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Kamaruddin Siarah.

Konvensyen 1 Malaysia yang diadakan sempena Karnival Komuniti 1 Malaysia yang telah berlangsung di Bukit Sentosa, Hulu Selangor baru-baru ini dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Mohd Najib Tun Razak.

10 comments:

  1. The Royal Commission of Inquiry is important for the resolving of the illegal immigrant issue that has been affecting the Sabahans for many decades.

    ReplyDelete
  2. Lebih baik kalau seluruh rakyat Sabah dapat desak kerajaan persekutuan untuk tubuhkan RCI.

    ReplyDelete
  3. semua dah setuju dgn RCI, jadi ia mesti ditubuhkan.

    ReplyDelete
  4. Persekutuan perlu segereakan kelulusan RCI supaya boleh segera dilaksanakan. RCI adalah penyelesaian jangka panjang. Sekiranya pelaksanaan ni bergerak pasti akan memberi impak positif pada PRU13.

    ReplyDelete
  5. percepatkan RCI.PATI semakin ramai dan terus meningkat.

    ReplyDelete
  6. sudah banyak pihak yang menyatakan sokongan terhadap RCI. itu tandanya rakyat mahukan RCI ditubuhkan.

    ReplyDelete
  7. harap RCI akan ditubuhkan dengan segera agar rakyat tidak tertunggu-tunggu bila ianya akan ditubuhkan.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan Persekutuan perlu meluluskan penubuhan RCI untuk Sabah. Jangan biarkan desakkan demi desakan terus diberikan oleh penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  9. Harap kerajaan Persekutuan akan mendengar desakan daripada komuniti Malaysia untuk mewujudkan RCI.

    ReplyDelete
  10. pihak2 yang telah bersetuju perlu menggalakkan lebih banyak pihak menyokong penubuhan RCI ini.. lagi bagus jika semua ngo dan parti2 politik di semenanjung bangkit menyokong penubuhan RCI untuk Sabah..

    ReplyDelete