Thursday 12 January 2012

KONTRAKTOR KELENTONG, PARIT TERGANTUNG



Oleh : CHANG SHAK HUNG

KEADAAN jalan rosak dan tanah mendap di kawasan Lorong 35, Fasa 3, Taman Mawar setahun yang lalu, telah berulang kembali. Aduan daripada Yong berhubung dengan keadaan longkang dan tepi jalan berkenaan telah mula terhakis akibat daripada ketidaktelusan pihak kontraktor yang melakukan pembaikan di lokasi berkenaan; hanyalah berbentuk sementara, yakni sekadar dapat bertahan untuk beberapa bulan sahaja!

Tinjauan ke lokasi berkenaan pada 9 Januari 2012, kira-kira jam 5 petang, telah menampakkan beberapa kelemahan dari segi pembinaan longkang memandangkan longkang tersebut tidak dibina ‘gabion’ supaya menghalang tanah daripada menggelongsor keluar.

Ketiadaan ‘gabion’ berkenaan dipercayai telah menyebabkan hakisan tanah telah berlaku dan satu lubang besar di tepi jalan berkenaan telah terbentuk dan ini akan membahayakan pengguna jalan di kawasan tersebut.

Longkang tersebut yang kini hanya tergantung begitu sahaja, akan runtuh bila-bila masa memandangkan ketiadaan sokongan di bahagian bawah, di samping longkang tersebut hanya digunakan untuk menakung air hujan memandangkan laluan air longkang telah tersumbat!

Bukan itu sahaja, pembinaan yang tidak sempurna ini telah menyebabkan pembaziran duit rakyat sekiranya berlaku apa-apa kejadian seperti jalan retak dan rosak kembali. Oleh yang demikian, pihak kontraktor wajib memperbaiki keadaan dengan segera tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

Pihak MPS telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut apabila Chang Shak Hung telah mengajukan permasalahan tersebut melalui e-aduan di dalam laman web Majlis Perbandaran Sandakan pada 10 Januari 2012, kira-kira pukul 10 pagi supaya pihak Jurutera dari MPS sentiasa memantau kejadian ini daripada berulang dan berulang.

10 comments:

  1. Hope that this matter will be resolved soon, such a big hole near the road will bring inconvenience and threatens the road users safety.

    ReplyDelete
  2. The authorities must send out their contractors to repair or rebuild the damaged areas.

    ReplyDelete
  3. Tiada cara untuk cari kontraktor yang bertanggungjawab membuat projek itu? Pemilihan kontraktor perlu dibuat dengan lebih teliti.

    ReplyDelete
  4. keadaan longkang tersebut harus diperbaiki dengan segera.

    ReplyDelete
  5. kontraktor yg gagal menjalankan tugas dengn baik perlu dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  6. kontraktor tersebut perlu dikenakan tindakan kerana bersikap sambil lewa.

    ReplyDelete
  7. Pihak kontraktor perlu menyelesaikan perkara ini. Jangan membuat kerja asal siap saja.

    ReplyDelete
  8. Kerja yang tidak mementing mutu dan qualiti akan menyusahkan diri sendiri pada akan datang. Ini yang berlaku kepada kontraktor yang melakukan kerja tersebut. Membuat asal siap tapi tidak lama kemudian masalah datang kembali.

    ReplyDelete
  9. senarai hitamkan saja kontraktor itu.. sampai bila2 pun masalah berkenaan dengan kelemahan hasil kerja kontraktor tidak akan selesai selagi syarikat2 ini terus diberikan peluang beroperasi..

    ReplyDelete
  10. wajarlah jika masalah kerosakan ini dibaikpulih serta merta sebelum kerosakkan itu menjadi lebih besar.. makin besar kerosakan, makin besar juga kos yang diperlukan..

    ReplyDelete