Saturday 14 January 2012

LAGI PROJEK TIRIS DI KUALA PENYU



KETERLALUAN.....Projek membubuh batu kelikir bernilai RM100,000 yang dibina menuju ke rumah bungalow milik seorang kakitangan Jabatan Pelajaran Kuala Penyu.

Oleh : KREW SABAHKINI.NET

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa turun padang bagi menyiasat ketirisin pemberian projek yang bernilai RM100,000 kepada seorang kakitangan awam di Kuala Penyu dan dikatakan mempunyai pertalian keluarga dengan Wakil Rakyat di kawasan berkenaan.

Demikian desakan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Beaufort, Taufick Haji Ruschik kepada Krew Sabahkini.net yang kebetulan melawat Beaufort.

Beliau berkata, aduan dan maklumat mengenai perkara tersebut telah disampaikan oleh penduduk di Kuala Penyu kepadanya melalui e-mail dan jika perkara ini benar berlaku, ia adalah sesuatu yang amat malang dan menunjukkan bahawa pemimpin Barisan Nasional terlalu rakus membelanjakan wang hasil cukai rakyat.

No comments:

Post a Comment