Friday 6 January 2012

LAJIM DIGESA SERTAI PAKATAN RAKYAT



MESRA…. Kelihatan Dr.Hiew King Cheu dan Lajim ketika berada di Majlis Rumah Terbuka Krismas Datuk John Gani di Kg.Batu Linting Kuala Penyu.

Oleh : TAUFICK HJ.RUSCHI

KHABAR angin bertiup kencang di Sabah menjelang PRU13 kononnya pemimpin kanan UMNO yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, merangkap Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin akan meninggalkan Barisan Nasional; semakin hebat diperkatakan oleh rakyat Sabah, khususnya rakyat di Beaufort.

Senario bermula dengan kehadiran Lajim di Majlis Rumah Terbuka Krismas mantan Wakil Rakyat Kuala Penyu, Datuk Johan Gani minggu lalu setelah Lajim diberikan kesempatan untuk menyampaikan ucapan Krismasnya.

Antara intipati ucapan Lajim banyak menyentuh kegagalan kerajaan dan Jabatan Air yang tidak prihatin membaik pulih dan menaiktaraf perkhidmatan air di Kuala Penyu dan Menumbuk.

Lajim yang secara kebetulan menjadi Ahli Parlimen Beaufort turut menyentuh masalah air yang dimaklumkan oleh Datuk John Gani kepadanya, terutama di Kg.Batu Linting sudah tidak menerima bekalan air selama tiga hari; sehingga mencetuskan isu kononnya Datuk Lajim meninggalkan UMNO/BN.

Bagaimanapun, di pihak Pakatan Rakyat Beaufort, kami sangat mengalu-alukan Lajim menyertai mana-mana komponan kami dari Pakatan Rakyat sama ada PKR/DAP atau PAS.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu juga mempelawa Lajim menyertai Pakatan Rakyat untuk bersama mengubah kerajaan yang ada pada hari ini, namun jika benar Lajim mahu bersama Pakatan Rakyat ‘Menukar Baju dan Seluar’.

Dalam perkembangan lain, semasa bersama menghadiri majlis rumah terbuka Krismas anjuran Datuk John Gani, Ahli Parliment DAP Kota Kinabalu, Dr.Hiew King Chew berkata, ucapan Lajim amat memeranjatkan dan menganggap ucapan Timbalan Menteri Persekutuan itu bakal mencorak politik baharu di Sabah pada PRU-13.

15 comments:

  1. Tunggulah Jan 09 minggu depan untuk mendengar keputusan daripada Lajim.

    ReplyDelete
  2. Masalah air yang dibangkitkan ini sudah lama berlaku, diharapkan kerajaan akan bertindak untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Kuala Penyu dan Menumbok.

    ReplyDelete
  3. hopefully a solution will be given for the water shortage plight in Kuala Penyu and Menumbok at earnest.

    ReplyDelete
  4. "KHABAR angin bertiup kencang di Sabah menjelang PRU13 kononnya pemimpin kanan UMNO yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, merangkap Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin akan meninggalkan Barisan Nasional; semakin hebat diperkatakan oleh rakyat Sabah, khususnya rakyat di Beaufort."

    Rumours and Speculations...perhaps the water shortage plight in Kuala Penyu and Menumbok should be given more emphasis.

    ReplyDelete
  5. Daripada sibuk pasal spekulasi sama ada Lajim keluar UMNO atau tidak, lebih baik fokus kepada masalah yang dibangkitkan oleh beliau.

    ReplyDelete
  6. Semua pun tahu sejarah Lajim. Pembangkang berani ambil risiko untuk menerima beliau?

    ReplyDelete
  7. SAPP pun brminat dgn Lajim, ramai jga berminat dgn Lajim ni. tapi rasanay lajim takkan berminat dgn mereka.

    ReplyDelete
  8. Lajim masih belum memberikan keputusan berhubung perkara ini.

    ReplyDelete
  9. Kita masih belum pasti lagi. Mungkin jawapan Datuk Lajim akan dibuat dalam masa terdekat ini. Namun itu adalah pilihan beliau sendiri.

    ReplyDelete
  10. dulu pakatan selalu mengkritik Lajim, tapi sekarang mereka sibuk pula mau mengajak Lajim menyertai mereka.

    ReplyDelete
  11. rasanya Lajim tetap bersama BN kerana beliau tidak pernah pun menyatakan bahawa beliau akan keluar BN.

    ReplyDelete
  12. salahkah jika Lajim mengkritik kelemahan kerajaan?? kenyataan beliau itu membuktikan bahawa kebebasan bersuara dibawah pimpinan kerajaan BN tidak disekat.. bukan macam PAS atau Pakatan.. bila ada ahlinya buat kenyataan yang mendedahkan kelemahan parti, pelbagai tindakan diambil termasuk menyerang ahli yang membangkitkan isu itu dengan membuat pelbagai spekulasi negatif..

    ReplyDelete
  13. sekiranya Lajim berniat mahu meninggalkan BN, biarlah keputusan itu datang dari hati beliau, bukannya atas desakan pelbagai pihak yang sengaja mahu menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan parti lawan..

    ReplyDelete
  14. Keputusan ada di tangan sendiri. Tapi setakat ni tiada lagi kenyataan rasmi dari Lajim.

    ReplyDelete
  15. mungkin ka hanya kabar angin kosong saja. Open house mesti la baik2 nanti rakyat cakap apa pula.

    ReplyDelete