Monday 2 January 2012

LAJIM KESAL UCAPANNYA DIEKPLOTASI

LANCAR…..Lajim diiringi oleh Pengerusi Persatuan Cyaril Anthony dan Penaung Persatuan Limus Jurih.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

TIMBALAN Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin melahirkan rasa kecewanya apabila ucapannya di majlis Rumah Terbuka Krismas, Bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu, Datuk John Ghani pada jumaat lepas diekplotasikan sebagai ucapan menghentam kerajaan.

Katanya, sebagai pemimpin yang mewakili rakyat beliau berhak untuk menyuarakan apa juga masalah yang dihadapi oleh rakyat, khususnya di kawasan yang beliau wakili untuk disampaikan kepada kerajaan.

Menurutnya, kedudukan beliau sebagai wakil Rakyat Barisan Nasional dan menjadi Timbalan Menteri di peringkat kerajaan Persekutuan, seharusnya tidak dijadikan alasan bagi beliau tidak boleh bersuara terutamanya dalam menyampaikan masalah rakyat kepada kerajaan bagi diambil perhatian dan tindakan sewajarnya.

“Kita bersuara mewakili rakyat dan apa juga masalah yang kita sampaikan adalah untuk pengetuhan dan perhatian kerajaan khususnya yang membabitkan jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Persatuan Keluarga Latiman di Kampung Bundu, Kuala Penyu, kelmarin.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh individu tertentu di Halaman Sosial (FB) yang menyebut kononnnya beliau semasa berucap di majlis Rumah Terbuka tersebut menghentam kerajaan BN yang turut dihadiri oleh pemimpin parti pembangkang.

“Perlu saya perjelaskan, saya hadir atas jemputan dan sememangnya setiap tahun saya hadir ke majlis rumah terbuka beliau (John Ghani) sebagai kawan dalam konsep kekeluargaan, bukannya majlis politik. Saya diberikan penghormatan berucap sebagai Ahli Parlimen dan kebanyakan yang hadir rakyat yang menyokong kerajaan,“ katanya.

Jelasnya dalam ucapan tersebut, beliau berharap kerajaan dapat menangani segera isu bekalan air yang sekian lama berlarutan ke daerah itu yang saban hari menjadi rungutan rakyat di kawasan ini .

“Saya tidak tahu dari sudut mana ucapan ini dikatakan menghentam kerajaan pula, yang pasti saya suarakan masalah rakyat kepada kerajaan untuk ditangani, ini pun mereka ekplotasikan sebagai menghentam kerajaan pula dan saya hadir ketika itu bersama kepimpinan bahagian dan ketua-ketua parti kompenan BN atas konsep kekeluargaan menyambut sambutan krismas,” tegasnya.

Menurut beliau, jika ada pun kehadiran pemimpin pembangkang selepas kehadiran beliau, itu hak mereka kerana konsep rumah terbuka ini untuk semua, yang pasti beliau hadir lebih awal dari mereka dan bagi Lajim, kehadiran beliau bersama pemimpin pembangkang hanya merupakan tuduhan liar dan merupakan sepekulasi bagi menghangatkan susasana ketika menghadapi pilihanraya umum ke 13 kali ini.

“Sebagai pemimpin kerajaan, saya sedar di mana kedudukan saya, apa yang terbaik untuk saya lakukan untuk kestabilan politik, pembangunan dan kesejahteraan Negara dan rakyat khususnya di kawasan yang saya wakili,” katanya.

No comments:

Post a Comment