Saturday 7 January 2012

LAJIM KONG KALI KONG?



Oleh: ISMAILY BUNGSU

SESIAPAPUN kalau berada di sebuah parti/meski pemerintah kalau tidak dapat membawa perubahan dan ingin bantu sebiji gitar tidak berupaya, maka terpaksalah berhijrah ke parti lain. Kata-kata ini ada benarnya. Lalu dia hijrahlah ke parti UMNO yang dia percaya akan dapat memberikan sedikit nafas buat rakyat di bawah jagaannya.

Saya kenal Datuk Lajim dan bukan baru kenal tetapi agak lama sudah. Dia memang saya akui pemimpin yang kalau menolong bermatian dan saya sendiri pernah dia panggil saya (bukan saya mahu) kala saya kena tekan tetapi tidak menjadi dan saya katakana, "tidak apa" itu saya lihat kesungguhannya.

Kalau di kawasannya memang dia cukup prihatin dan dia punya pengikut yang ramai dan susah mahu ditewaskan seperti juga Datuk Pairin di Tambunan dan ini saya akui, tetapi kalau ada mahu mencuba, silakan dan kita akan lihat sejauh mana kemampuan yang melawannya meski yang berkenaan atas nama tiket UMNO nantinya.

Kenapa juga dia melompat dan meninggalkan PBS? Seperti saya katakan tadi apa saja yang dapat disumbangkan kala berada dalam PBS yang menjadi pembangkang ketika itu, sedang BN kuasai kerajaan persekutuan yang mengutip segala mcam cukai dan pertanggungjawab hal-hal kastam, hasil minyak, mencipta AKTA dll dan kuasa lebih, sedang kerajaan negeri tidak punya kuasa dan kuasa amat terhad. Nah, kerana itu dia meninggalkan PBS.

Kesan yang ada dalam kepala Lajim, juga ada dalam kepala Pairin yang tidak tahan jadi pembangkang dan akhirnya Pairin ikut jejak langkah, cuma bezanya Pairin bawa parti bersama sebab dia ketua parti dan kalau dikira sama juga "kong atas king dan king bawah kong sama dengan kong kali kong".

Lalu ketika sama dirasakan Lajim kala di BN di mana dia nampak BN telah banyak menyusahkan Sabahan termasuk Sarawakian, maka dia sudah mula berfikir dan tidak betah lagi berada di BN dan tidak hairan kalau dia bakal menerajui Parti SPF yang asalnya BERSEKUTU. Nah, ini memang sudah saya ramal lewat tulisan saya sebulan lalu.

Kalau difikirkan memang logik juga kalau dia punya alasan demikian sebab berada di BN meski berjawatan Timbalan Menteri bakal tidak berguna kalau tidak dapat membantu rakyat Sabah dan kesannya dia bakal meninggalkan BN seperti yang diperkatakan ramai orang.

Nah, sama ada benar atau tidak cerita ini, tidak boleh tidak Lajim mesti tinggalkan UMNO/BN sebab berada dalam UMNOpun dia pasti tidak akan menjadi calon kala PM sendiri memberikan sokongan terbuka kepada Datuk Azizah Mohd Dun.

Nah, undur salah sorong rasa serba salah dan bertahan juga salah. jalan terakhir teruskan meninggalkan UMNO dan pimpinlah Parti SPF yang sudah siap sedia akan menjadikan Tsunami politik di Sabah menjelang PRU-13 ini.

No comments:

Post a Comment