Wednesday 4 January 2012

LDP YAKIN NASRUN ‘WINNABLE CANDIDATE’ DI SILAM

Oleh : MUTALIB M.D

PARTI Liberal Demokratik (LDP) yakin bahawa Pengerusi Barisan Nasional Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur adalah ‘Winnable Candidate’ di parlimen Silam dan mencadangkan agar Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri menerima cadangan beliau agar Nasrun dipilih sebagai Calon Ahli Parlimen Silam pada pilihanraya umum akan datang.

Timbalan Ketua Bahagian LDP, Chong Su Vun, ketika menghubungi Sabahkini.net menjelaskan bahawa kerusi Parlimen Silam akan jatuh ketangan pembangkang jika Ahli Parlimen yang ada sekarang, Haji Salleh Kalbi dikekalkan di kerusi berkenaan.

“Sebagai mantan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Silam, saya mendapat banyak makluman balas daripada Ketua Parti Komponen dan para pengundi bahawa Salleh Kalbi tidak lagi relevan mewakili Silam; sama taraf dengan Datuk Lajim Haji Okin kerana Salleh pernah berucap di Majlis SAPP ketika SAPP sudah keluar daripada Gagasan BN,” ujar Chong yang memaklumkan beliau turut disiasat berhubung isu kes rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan Salleh Kalbi.

Kata Chong, apa jaminan yang dapat diberikan bahawa Salleh tidak akan membelot kepada BN jika memenangi Kerusi Parlimen Silam dengan kerjasama semua Parti Komponen BN Silam kerana rekod perkhidmatannya, sudah jelas menunjukkan beliau cenderung menyokong pembangkang.

Berbanding Nasrun, kata Chong, tokoh politik ternama di Lahad Datu itu telah berpengalaman luas sebagai ADUN selama lebih dua penggal dan tiba masanya diberi peluang untuk berkhidmat sebagai Ahli Parlimen yang boleh membawa suara rakyat Silam, terutama isu pembasmian kemiskinan, pembangunan dan pengangguran.

“Sebagai seorang Peguam dan Ketua UMNO Bahagian, Nasrun adalah yang paling layak untuk berkhidmat di peringkat Persekutuan kerana Ahli Parlimen sebelum Salleh adalah Setiausaha Parlimen dan sebelumnya lagi adalah Timbalan Menteri,” kata Chong yang merayu keprihatinan Perdana Menteri agar memberikan peluang yang lebih luas kepada Ahli Parlimen Silam yang akan datang.

Tambahan pula, kata Chong, di Parlimen Silam terletak tiga entiti ekonomi penting untuk Sabah mencapai negeri maju 2015 iaitu POIC, FELDA dan Koridor Pembangunan Sabah (Pelancongan) kerana di bawah perkhidmatan Salleh selama empat tahun, tidak langsung berupaya untuk membantu menjana tiga sektor penting ini.

Sebagai Ahli Parlimen yang ‘Syok Sendiri’ kata Chong, Salleh telah mengkhianati para pengundi di Silam kerana gagal menjalankan tugas kepada semua kaum sehingga kaum Tiong Hua merasa terpinggir disebabkan kecetekan pengalamannya dalam politik sehingga mengamalkan nepotisme dan pilihkasih.

12 comments:

  1. Parti-parti yang bertanding perlulah meletakkan calon yang terbaik bila PRU-13.

    ReplyDelete
  2. Calon ini bukan sahaja kenalah 'winnable' tapi pastikan mereka akan berkhidmat untuk rakyat selepas menang.

    ReplyDelete
  3. Tunggu saja pengumuman nama2 calon yang akan bakal bertanding nanti.

    ReplyDelete
  4. harap Nasrun adalah benar2 winnable candidate di Silam.

    ReplyDelete
  5. Pastikan calon yang terpilih itu sebaiknya calon yang boleh diterima oleh ramai penduduk.

    ReplyDelete
  6. terserah kpada PM untuk memilih calon yang dirasakan terbaik nanti.

    ReplyDelete
  7. siapa pun yang menjadi calon perlulah menjalankan tanggungjawab kepada rakyat dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  8. saya lebih yakin bahawa Nasrun adalah winnable candidate di Silam jika pandangan itu datang daripada rakyat biasa, bukannya ahli politik..

    ReplyDelete
  9. Chong Su Vun patut jelaskan sekali sumbangan Nasrun kepada rakyat bagi menguatkan lagi gelaran winnable candidate beliau,, bukan sekadar menimbulkan kelemahan disebelah pihak..

    ReplyDelete
  10. Salleh Kalbi banyak kontroversi kebelakangan ni. tidak hairan jika dia digantikan dengan calon lain pada PRU-13.

    ReplyDelete
  11. Sudah dijangkakan Salleh Kalbi akan digantikan. Penduduk Silam akan bergembira sekiranya ada calon lain yang akan ditampilkan.

    ReplyDelete
  12. baguslah kalau ada muka baru dalam pencalonan di Silam.

    ReplyDelete