Tuesday 10 January 2012

LIMA VOKALIS SUNGAI MULA CIPTA NAMA

WAWANCARA...Haldan sedang diwawancara mengenai lagu-lagu dalam Album mereka.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

LIMA buah album lagu-lagu sungai yang dinyanyikan lima orang vokalis tempatan kelahiran Bintang Kuamut bakal meletup di pasaran.

Para penggembar lagu-lagu Sungai boleh membeli lagu-lagu tersebut daripada gedung-gedung perniagaan dan kedai-kedai tempat menjual kaset dan CD di Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Kudat , Ranau dan Keningau.

Lagu-lagu Sungai yang berjudul seperti Pinuambatan Tagina nyanyian Haldan Gius, Ronat Pinosandingan Mu nyanyian Asmin Peyog, Sudai Amas Metha Sapari, Oi Gidi Oi Gama Idak Maidun dan lagu Wanoi No Alantik nyanyian Rinhoin Pining kini menjadi siualan di kalangan anak-anak muda di sana sini.

Dalam wawancara eksklusif Sabahkini.Net dengan Haldan semasa Majlis Pelancaran Bintang Kuamut di sebuah restoran termuka di Km 7.8, Jalan Utara, Sandakan baru-baru ini; beliau menjelaskan lagu-lagu mereka yang diterbitkan oleh Sabah Music Recording Production telah mendapat sambutan di kalangan masyarakat setempat, khususnya daripada suku kaum Sungai di seluruh pelusuk daerah di negeri ini.

“Kami sebagai anak muda bangsa suku Sungai di negeri ini, khususnya di Kuamut menyahut seruan oleh para pemimpin yang berketurunan Sungai, terutama sekali pihak Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) yang mahukan lagu-lagu Sungai diketengahkan agar selari dengan lagu-lagu tempatan yang telah menempah nama di persada muzik tanah air; seperti lagu-lagu Kadazan,Dusun, Murut dan Bajau,” kata Haldan.

VOKALIS...Haldan, Asmin, Metha, Idak dan Rinhuin tiada dalam gambar.

“Bukan saja lagu-lagu Sungai harus diketengahkan, bahkan seni budaya dan adat resam yang telah diwarisi turun-menurun nenek moyang kami suku Sungai turut kami tonjolkan kepada masyarakat di negeri ini, khususnya kepada pelancong luar yang sering berkunjung ke negeri Sabah, khasnya daerah Sandakan,” jelasnya lagi.

Menurut mereka, ini semua atas dorongan dan galakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut, Masiung Banah bahawa para pemuda dan pemudi di kalangan bangsa Sungai harus memainkan peranan ke arah merealisasikan dan menaikan martabat bangsa Sungai dalam bidang kesenian, budaya dan adat resam serta lagu-lagu Sungai di saentaro dunia.

Haldan dalam kesempatan ini dan bagi pihak rakan-rakannya, khususnya 4 orang vokalis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penaja yang menerbitkan lima buah album tersebut, terutama sekali kepada ADUN Kuamut Masiung Banah, Datuk Saddi Hj Abdul Rahman ADUN Sukau dan juga pihak Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) kerana memberi ruang dan peluang kepada mereka menjadi popular sebagai artis tempatan yang mengharumkan nama bangsa Sungai di negeri ini, khususnya Kuamut dan Kinabatangan umumnya.

8 comments:

  1. Rakyat tempatan patut menyokong kumpulan vokalis Sungai kita ini.

    ReplyDelete
  2. semoga artis2 tempatan yang mengetengahkan bahasa, budaya dan adat resam mereka dapat membawa martabat suku kaum mereka di peringkat nasional dan antarabangsa. usaha biarlah berterusan.

    ReplyDelete
  3. Banyak yang berbakat di Sabah ni namun ruang untuk mereka kembangkan bakat di sini agak terbatas. Mereka perlukan sokongan yang kuat daripada rakyat Sabah sendiri.

    ReplyDelete
  4. tahniah kepada seniman dari suku kaum sungai kerana berjaya mengetengahkan adat resam merka ke dalam dunia musik kontemporari.

    ReplyDelete
  5. berusahalah dengan lebih gigih agar lebih berjaya.

    ReplyDelete
  6. semoga semua vokalis tersebut akan berjaya.

    ReplyDelete
  7. Teruskan mempromosikan lagu setiap kaum yang terdapat di Sabah.

    ReplyDelete
  8. syabas kepada SABAS dan ADUN Kuamut.. setiap kaum di negeri ini perlu mempunyai platform sendiri untuk mengangkat martabat kaum itu ke peringkat yang lebih tinggi..

    ReplyDelete