Sunday 22 January 2012

MALANGNYA NASIB 'DUDA' DI ERA 1MALAYSIA?



TOLAK....Aldiyantoe Abdullah @ Andol Bin Satimbal menunjukkan borang yang ditolak permohonannya itu.

Oleh: HAJI WAHAB TIMPAI.

SEORANG anak pribumi Murut Timugon, Aldiyantoe Abdullah @ Andol Bin Satimbal, 53 tahun, tidak kecewa sekalipun permohonannya untuk mendapatkan RM500 melalui BR1M ditolak oleh pihak berkuasa atas alasan berstatuskan 'tanpa tanggungan'.

Menurutnya, beliau tidak akan membuat rayuan kerana mungkin itu bukan rezekinya. Walaupun, kehidupannya dihimpit dengan kemiskinan,tetapi beliau tidak sanggup mendengar lagi komen para pegawai yang bertugas itu mengenai dirinya.

Beliau yang menumpang tinggal di Rumah Kebudayaan kampung Makapau, Tenom sekadar bercucuk tanam setekat 200 pokok betik di kawasan tanah perkuburan orang-orang Murut itu, hanya memperolehi RM300 ke bawah sebulan hasil dari jualan buah betik itu.

TABAH.... Aldiyantoe tabah menjalani kehidupan seharian sebagai petani sekalipun papa kedana.

Aldiyantoe mendirikan rumah tangga pada tahun 1985, di daerah Beaufort namun jodoh mereka berakhir tahun 1993 sehingga statusnya berubah menjadi duda tanpa zuriat dengan bekas isterinya itu.

Bagaimanapun, slogan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Bin Tun Razak, rakyat didahulukan tidak lagi boleh diterima, kerana kata Aldiyatoe, ramai berstatus 'duda' juga ditolak.

No comments:

Post a Comment