Friday 13 January 2012

MPS KAYA, TETAPI TIDAK SENSITIF ADUAN!


MPS KAYA, TETAPI TIDAK SENSITIF ADUAN!

Oleh : CHANG SHAK HUNG

KELEMBAPAN tugas dan langsung tidak menghiraukan aduan yang telah dibuat, merupakan punca mengapa para pengadu merasa bosan dan tersinggung perasaan apabila aduan yang dibuat, langsung tidak dititikberatkan.

Aduan tersebut yang dirujuk untuk permasalahan ketiadaan penutup tong sampah dan penutup longkang di Blok E, Bandar Nam Tung, Sandakan oleh Chang Shak Hung melalui aduan yang diterima oleh pemilik kedai serta penduduk di kawasan tersebut hanya mampu menunggu dan terus menunggu tanpa apa-apa tindakan daripada pihak MPS!

Aduan pertama yang telah dibuat melalui e-aduan pada 13.10.2011 untuk kedua-dua permasalahan ini, kemudiannya dirujuk semula kepada MPS pada 4.11.2011, sungguhpun kedua-dua aduan ini mendapat maklum-balas bahawa ia telah dirujuk kepada Penolong Setiausaha (O) dan Ketua Merinyu Perbandaran untuk tindakan lanjut, namun apa yang dapat diluahkan oleh pemilik kedai serta penduduk di kawasan tersebut cuma berasa hampa dan kecewa.

Adakah ini yang dikatakan pihak MPS konsisten terhadap aduan yang diajukan?

Mengapa langsung tidak menampakkan hasil positif sedangkan laman web MPS telah menyediakan ruang untuk membuat aduan melalui e-aduan dan pada masa yang sama, tahap kerja dan kualiti serta komitmen terhadap kerja, langsung tidak dipraktikkan dalam menjaga kualiti persekitaran di sekeliling kita?

Di manakah tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kesihatan MPS yang juga dari Parti GERAKAN dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga kebersihan serta kesihatan orang awam terutamanya penduduk di Sandakan?

16 comments:

  1. MPS bertanggungjawab untuk memberi perhatian kepada aduan rakyat Sandakan dalam isu-isu yang perlu diselesaikan.

    ReplyDelete
  2. Jika MPS memberikan satu platform untuk rakyat membuat aduan, mereka patut mengambil tindakan untuk melaksanakan tugas mereka juga. Harap MPS akan tingkatkan kualiti perkhidmatan mereka terhadap rakyat.

    ReplyDelete
  3. Hopefully MPS will look into this matter

    ReplyDelete
  4. immediate action and explanation to the individual might put this matter to rest

    ReplyDelete
  5. MPS really needs to improve their services. So many complaints lately.

    ReplyDelete
  6. Because of some people are not doing good with their job, the whole MPS got bad name.

    ReplyDelete
  7. aduan janganlah dipandang remeh dengan tindakan sambil lewa. pihak MPS kena sensitif terhadap permasalahan penduduk dan bertindak dengan cepat.

    ReplyDelete
  8. sebarang aduan haruslah diambil berat dan selesaikan.

    ReplyDelete
  9. MPS harus sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

    ReplyDelete
  10. MPS seharusnya ambil berat terhadap segala aduan yang diterima, kualiti perkhidmatan kena ditingkatkan.

    ReplyDelete
  11. MPS perlu peka dengan keadaan seperti ini. Setiap aduan perlu segera diselesaikan. Jangan buat kerja sambil lewa.

    ReplyDelete
  12. MPS perlu meningkatkan prestasi dan kualiti kerja.

    ReplyDelete
  13. MPS perlu memastikan perkhidmatan diberikan adalah memuaskan. Kalau kewangan kukuh tapi perkhidmatan tidak baik rasanya ini cuma akan menjejaskan reputasi MPS itu sendiri.

    ReplyDelete
  14. Jangan abaikan aduan yang dibuat kerana bila tertangguh pasti akan ada kelewatan untuk diselesaikan dan kadang kala akan lupa mengenai aduan tersebut.

    ReplyDelete
  15. buktikan bahawa MPS mempunyai kewangan yang kukuh dengan menyelesaikkan tuntutan2 orang awam sebaik aduan diterima..

    ReplyDelete
  16. orang awam juga sepatutnya bekerjasama dalam menjaga harta benda awam.. elakkan vandalism..

    ReplyDelete