Wednesday 11 January 2012

MUBARAK SOKONG TUBUH RCI



MAJLIS Bekas Wakil-Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Sabah menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti dakwaan mengenai bukan warganegara yang dikatakan mendapat kewarganegaraan melalui cara yang meragukan.

Yang Dipertuanya, Datuk Yusof Manan, berkata sokongan Mubarak Sabah terhadap penubuhan RCI adalah selari dengan ketegasan Umno Sabah yang tidak membantah penubuhan RCI berhubung isu berkenaan.

“Selaku bekas wakil rakyat, ahli Mubarak juga tidak berdiam diri malah sentiasa dan terus menyokong apa juga cadangan yang memberi kebaikan kepada rakyat dan negeri ini,” katanya.

Sebagai pemimpin veteran Umno di Sabah Yusof turut menyambut baik kenyataan Ketua Penerangan Umno Sabah, Datuk Sapawi Ahmad bahawa Umno Sabah tidak pernah membantah dengan cadangan penubuhan RCI berhubung isu itu.

Sapawi dalam kenyataannya dua hari lepas berkata keputusan untuk menubuhkan RCI adalah suatu keputusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa yang memutuskannya ialah Kabinet Persekutuan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata, semua Ahli Parlimen Umno dari Sabah telah mengundi untuk menyokong serta menerima cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang diketuai Datuk Seri Maximus Ongkili, yang antara lain menggunapakai satu resolusi bagi menubuhkan RCI di Sabah.

“Ini bermakna isu Umno Sabah membantah penubuhan RCI tidak pernah timbul. Malah pada tahun 2008, Umno Sabah telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan memperincikan pelbagai isu untuk perhatian serta-merta Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata antara lain, memorandum itu menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengambil langkah-langkah proaktif bagi menangani peningkatan jumlah warga asing di negeri ini.

Di peringkat negeri, Jawatankuasa Kewarganegaraan Barisan Nasional (BN) Sabah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan telah ditubuhkan untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan pendatang tanpa izin di negeri ini. (NST)

11 comments:

  1. Hope that the Royal Commission of Inquiry will be established soon to investigate the illegal immigrant issue in Sabah.

    ReplyDelete
  2. We shall wait for the decision from the Federal government regarding the RCI.

    ReplyDelete
  3. harap2 RCI ditubuhkan. Parlimen seharusnya meluluskan RCI untuk menyelesaikan masalah2 PATI dan kerakyatan.

    ReplyDelete
  4. Harap kerajaan persekutuan tidak melengah-lengahkan penubuhan RCI ini.

    ReplyDelete
  5. semua kini dah sokong RCI, jadi amat diharap RCI akan ditubuhkan.

    ReplyDelete
  6. rata-ratanya menyokong RCI agar ditubuhkan.

    ReplyDelete
  7. padangan dan suara rakyat haruslah didengari dalam hal ini.

    ReplyDelete
  8. Terukan menyuarakan permintaan kepada kerajaan persekutuan untuk melaksanakan RCI untuk Sabah.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan Negeri tidak ada bantahan untuk penubuhan RCI untuk Sabah.

    ReplyDelete
  10. satu perkembangan yang baik.. lagi banyak ngo menyokong penubuhan RCI, lagi cerah peluang untuk Sabah mendapat pembelaan melalui penubuhan suruhanjaya ini..

    ReplyDelete
  11. saya harap sokongan demi sokongan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak akan mengundang lebih banyak suara bagi menyokong penubuhan RCI sekaligus berjaya mendesak kerajaan persekutuan dalam memenuhi tuntutan rakyat sabah ini..

    ReplyDelete