Saturday 14 January 2012

MUDAHLAH SAYA PANGKAH KERTAS UNDI NANTI!



BANTUAN………Soulin (kiri sekali), Linus (dua dari kiri), Zamri (dua dari kanan) dan Neilis (kanan sekali) mencuba kaca mata bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional.

Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

NEILIS YALAM, 51 tahun, dari Kg. Lompios, Kota Belud yang menghadapi masalah penglihatan lebih tiga tahun lalu melahirkan rasa gembira dan terharu kerana namanya telah disenaraikan untuk mendapat bantuan kaca mata daripada kerajaan Barisan Nasional.

Apabila beliau dimaklumkan oleh kakitangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Belud bahawa namanya tersenarai untuk menerima bantuan kaca mata dari kerajaan, Neilis seolah-olah tidak percaya dan tidak pernah terfikir bantuan seumpamanya turut disediakan oleh pihak kerajaan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan terutamanya kepada Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan kerana telah membantu saya untuk memiliki kaca mata. Mudahlah saya memangkah kertas undi nanti.”

“Masalah penglihatan yang tidak begitu jelas menyukarkan saya sejak tiga tahun yang lalu, saya amat memerlukan kemudahan seperti ini,“ terangnya ketika ditemui di kedai Modern Optics, Kota Belud, baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk dari Kg. Lahanas, Soulin Nuda, 45 tahun turut melahirkan rasa gembira dan terkejut kerana beliau juga telah diberikan bantuan yang serupa.

Menurut Soulin dengan ada bantuan kaca mata yang diberikan oleh kerajaan dapat membantu beliau mengurangkan bebanan untuk membeli kemudahan itu dengan menggunakan wangnya sendiri.

“Saya memang mempunyai masalah penglihatan, memang dari dulu lagi saya berhasrat mahu buat kaca mata tetapi memandangkan kewangan tidak mengizinkan terpaksa saya tangguh.“

“Syukur dan terima kasih kepada kerajaan atas bantuan yang diberikan, sekurang-kurangnya dengan ada kemudahan ini masalah penglihatan saya yang kabur berkurangan,“ tambahnya sambil tersenyum.

Seramai 600 orang yang kurang berkemampuan di dearah ini telah dikenal pasti dan telah disenaraikan untuk menerima bantuan kaca mata. bagi meringankan bebanan penerima.

Program tersebut merupakan inisiatif Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Belud bagi meringankan bebanan penerima terutamanya di kalangan penduduk kampung di daerah ini yang menghadapi masalah penglihatan.

15 comments:

  1. Bantuan kaca mata sumbangan kerajaan ini adalah usaha yang baik untuk membantu mereka yang lemah penglihatan untuk mendapatkan kaca mata.

    ReplyDelete
  2. Tidak murah membuat cermin mata baru, kebanyakan rakyat miskin terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk membuat cermin mata. Bantuan ini bolehlah membant mengurangkan bebanan mereka.

    ReplyDelete
  3. "Menurut Soulin dengan ada bantuan kaca mata yang diberikan oleh kerajaan dapat membantu beliau mengurangkan bebanan untuk membeli kemudahan itu dengan menggunakan wangnya sendiri."

    This is a good initiative by the government to assist the RAKYAT

    ReplyDelete
  4. Hopefully the government will continue to give out aid to those who truly needs it. Be it financially or other material goods to aid the Rakyat

    ReplyDelete
  5. bantuan ini anat dihargai, dgn bantuan ini, ia memudahkan mereka yang lemah penglihatan melihat dgn jelas.

    ReplyDelete
  6. pelbagai pendekatan yang diambil oleh kerajaan dalam membantu rakyat. sudah pasti ini sangat dihargai dan cukup bernilai buat rakyat terutama yang miskin.

    ReplyDelete
  7. Bantuan kepada penduduk kampung harus sentiasa berterusan.

    ReplyDelete
  8. harap2 rakyat dapat memilih kerajaan mana yang bakal pemimpin Sabah.

    ReplyDelete
  9. bantuan yang diberikan pastinya amat dhargai oleh penerimanya.

    ReplyDelete
  10. setiap pemimpin harus berusaha untuk membantu sebarang permasalahan yang dihadapi rakyat.

    ReplyDelete
  11. bila ada cermin mata, tidaklah silap pangkah nanti:)jangan terpangkah yang rasa2 tidak layak.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih dengan hadiah tersebut.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan negeri perlu lebih memberikan tumpuan kepada penduduk kawasan luar bandar bagi memastikan apa yang mereka mahukan dapat ditunaikan.

    ReplyDelete
  14. walaupun bantuan ini nampak agak remeh, sekurang2nya kerajaan sentiasa tampil dengan bantuan2 yang boleh meringankan beban rakyat atau memberikan keselesaan kepada rakyat.. syabas!

    ReplyDelete