Tuesday 17 January 2012

NAJIB SAKSI MATERAI KONTRAK EOR USD12 BILION



PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin menyaksikan majlis menandatangani projek memperoleh semula minyak dipertingkat (EOR) di luar pesisir terbesar di dunia berjumlah US$12 bilion dalam tempoh 30 tahun antara Petronas dan Shell Malaysia.

Di bawah projek kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) bagi dua projek luar pesisir EOR di Sarawak dan Sabah, kedua-dua syarikat minyak itu akan membangunkan sembilan lapangan minyak di Delta Baram dan empat lapangan minyak di kawasan pembangunan Utara Sabah menggunakan EOR atau lain-lain teknologi berkaitan yang sesuai.

Najib berkata projek itu dijangka menyaksikan beberapa faedah utama kepentingan negara termasuk dalam membina keupayaan tempatan dalam bidang teknologi khusus serta meningkatkan faktor penemuan purata di Delta Baram dan lapangan Utara Sabah daripada kira-kira 36 peratus kepada 50 peratus.

"Jika direalisasikan, teknologi itu juga akan dapat memanjangkan hayat lapangan untuk melepasi 2040," kata beliau dalam ucapannya selepas majlis pemeteraian berkenaan.

Petronas Carigali (pengendali) mempunyai kepentingan 60 peratus dalam Baram Delta EOR PSC manakala Shell Malaysia, melalui Sarawak Shell, memegang baki 40 peratus.

Rakan kongsi memiliki kepentingan sama rata 50:50 di Utara Sabah EOR PSC, yang akan dikendalikan oleh Shell Malaysia, melalui Shell Sabah Selatan, dan komitmen kewangan mereka bagi kedua-dua projek EOR akan berjumlah US$12 bilion dalam tempoh 30 tahun mulai Januari 2011.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertonas Datuk Shamsul Azhar Abbas menandatangani bagi pihak Petronas, manakala Shell diwakili oleh CEOnya Peter Voser manakala Petronas Carigali oleh Presidennya Datuk Abdullah Karim.

Najib berkata peningkatan dalam kecekapan pemulihan lapangan minyak dijangka memberi kesan positif kepada rizab minyak Malaysia dan akan memberi manfaat kepada negara secara keseluruhannya.

"Di samping itu, saya telah diberitahu bahawa jika berjaya, teknologi yang digunakan di lapangan Utara Sabah berpotensi membawa kepada projek EOR Polimer Surfaktan Alkali (ASP) luar pesisir pertama dunia menggunakan telaga mendatar," kata beliau.

Perdana Menteri berkata kerajaan komited ke arah merealisasikan agenda negara seperti yang dinyatakan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), untuk menjadikan Malaysia ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Beliau berkata sebagai sektor terbesar dalam ekonomi Malaysia, minyak, gas dan tenaga (OGE) adalah satu daripada Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk memacu transformasi negara dalam merealisasikan matlamatnya.

Beliau berkata kerajaan Malaysia telah mengenal pasti usaha mencergaskan semula lapangan sedia ada melalui EOR sebagai salah satu daripada 19 Projek Permulaan (EPP) untuk menyediakan bekalan tambahan untuk tenaga Malaysia dan keperluan industri serta menggalakkan pertumbuhan teratur sektor minyak dan gas.

Projek-projek EOR dijangka memperoleh lebih daripada 750 juta tong minyak daripada kedua-dua kawasan PSC yang menggunakan teknologi terkini.

Sementara itu, Shamsul dalam ucapannya berkata Delta Baram dan Utara Sabah terletak dalam beberapa kelompok lapangan minyak terbesar di Malaysia dengan terdapat minyak masing-masing sebanyak 4.6 bilion tong dan 1.6 bilion tong.

"Setakat ini, kita telah menemui kira-kira 1.7 bilion stok tong melalui teknik-teknik pemulihan yang utama dan sekunder.

"Dengan pengenalan EOR, kami yakin dapat mengeluarkan sejumlah besar baki hidrokarbon. Ini akan membolehkan kami bukan sahaja untuk merealisasikan nilai tambahan daripada lapangan ini tetapi juga menyumbang kepada kemampanan pengeluaran minyak negara," kata beliau. (BERNAMA)

11 comments:

  1. Harap projek ini boleh membantu meningkatkan penghasilan minyak di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. .Sabah harus mendapat byk manfaat dari hasil minyak dan gas negara.

      Delete
    2. lepas ni, kadar royalti juga sepatutnya dinaikkan.

      Delete
  2. hopefully this too with generate economical spin offs within the proximity of the site, such as Kimanis, Membakut and Madahan

    ReplyDelete
  3. moga dgn ini, industri minyak dan gas negara akan terus berkembang.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan negeri harus pastikan banyak manfaat diterima oleh Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, supaya lebih banyak projek pembangunan luar bandar dapat dilaksanakan

      Delete
  5. projek yang pastinya akan memberikan banyak kelebihan kepada Sabah.

    ReplyDelete
  6. Ini akan dapat membantu meningkatkan pengeluaran minyak di Negara kita dengan ada kerjasama dari pihak luar.

    ReplyDelete
  7. The amount is very big! Really hope this multi-billion project can give significant profits and development to Sabah.

    ReplyDelete
  8. negeri dimana projek itu akan dilaksanakan perlu mendapat manfaat yang besar dari projek tersebut..

    ReplyDelete