Wednesday 25 January 2012

OPPENHEIMER PERJELAS ASAL USUL MELAYU



Oleh : AIDILA RAZAK

SEORANG pakar genetik Universiti Oxford, Dr Stephen Oppenheimer berkata beliau terkejut apabila melihat betapa kajian ke atas asal usul warga pribumi di negara ini dijalankan mengikut pertimbangan politik.

Reaksi seperti itu dapat dikesan melalui laporan media ke atas satu persidangan mengenai asal usul orang Melayu minggu lalu, yang mendedahkan bahawa Orang Asli daripada suku Senoi, Semang dan Melayu Proto merupakan 'pemegang obor' yang merintis tamadun manusia moden.

Oppenheimer ketika menjelaskan penemuan itu dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu berkata, Orang Asli khususnya dari suku Semang dan Melayu Proto merupakan keturunan daripada manusia pertama yang menjejakkan kaki ke Asia Tenggara.

Keturunan manusia itu, di kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Pentas Sunda ini juga menjadi nenek moyang kepada keturunan mereka di Asia Timur dan juga di benua Amerika, katanya.

Keturunan Semang dan Melayu Proto itu mempunyai ciri khas dan unik, sama seperti keturunan yang tersebar daripada kawasan Pentas Sunda, kata Oppenheimer lagi.

Perkara itu menunjukkan bahawa masyarakat tersebut telah wujud di sini semenjak penduduk awal tiba di kawasan ini, tambahnya.

Beliau menjalankan kajian tersebut ke atas sampel DNA yang diperolehi daripada penduduk serata dunia untuk menentukan asal usul masyarakat dunia; bermula daripada manusia pertama di Afrika sehingga kepada warga Eropah di teluk Arab dan juga tanah warga Asia timur di Pentas Sunda.

Oppenheimer berada di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu untuk membentangkan kajiannya di persidangan Asal Usul Melayu: Induknya di Alam Melayu, anjuran Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia.

Beliau telah menerbitkan kajiannya sebelum ini melalui buku Eden in the East dan juga Out of Eden yang memperincikan teorinya mengenai migrasi penduduk awal dunia.

Pembentangan kajiannya boleh dilihat di laman 'Bradshaw Foundation', satu badan yang bergiat dalam kajian genetik, antropologi dan arkeologi.


8 comments:

  1. Ba. Tiada melayu di Sabah. kekalkan keharmonian dan keunikan Sabah.

    ReplyDelete
  2. teruskan lagi kajian tu..

    ReplyDelete
  3. This is definitely an interesting theory....

    ReplyDelete
  4. Hairan bila duit rakyat digunakan untuk buat kajian tentang Melayu.

    ReplyDelete
  5. kajian mengikut pertimbangan politik? boleh pakai ka ni??

    ReplyDelete
  6. asal buat kenyataan di Malaysiakini mesti ada kaitan dengan politik.. entah betul atau tidak kenyataan yang dibuat.. lagipun Malaysiakini pernah juga terkantoi menipu pembaca..

    ReplyDelete
  7. atau mungkin Dr Stephen merujuk kepada orang yang salah iaitu pihak yang tidak tahu apa2 pasal negara ini melainkan politik..

    ReplyDelete
  8. Dr Stephen adalah ketua team saintis dari Oxford University UK. Saintis Oxford dapati semua penduduk Asia Tenggara termasuk Sabah Sarawak ada DNA yg berasal dari satu kumpulan nenek moyang yg sama, dari kumpulan orang Asli semang, senoi dan proto melayu. Diperkirakan 50,000 tahun dulu proses perkembangan genetik ini berlaku.
    Sebab semua manusia berasal dari manusia pertama di utara Afrika.
    Kemudian 65000 tahun dulu, kumpulan manusia ini keluar dari Afrika, berhijrah dari satu tempat ke tempat yg lain, meninggalkan koloni2 yang lain, melalui wilayah Arab, mengarah ke timur hingga ke Indochina dan kemudian ke Thailand dan ke semenanjung Malaysia seterusnya ke pulau2 Asia Tenggara.
    Sebab itu kromosom DNA penduduk Asia Tenggara ditemui di Indochina yg membenihkan penduduk Asia Timur, China, Taiwan dan Jepun.
    Kumpulan nenek moyang orang asli yang sampai di Asia Tenggara, kemudian berkembang biak melahirkan berbagai etnik kerana perkembangan genetik. Kerana itu di Asia Tenggara ada berbagai suku dan etnik, tetapi tetap ada genetik dari garis yang sama.

    ReplyDelete