Tuesday 3 January 2012

PASTI, INSTITUSI UNGGUL PRA SEKOLAH

Oleh : KRANGKANG BATRUSI

Lot bangunan PASTI Saidina Ali Bin Abi Talib yang baru dibeli oleh Dewan Pemuda PAS di Sandakan dengan harga RM70,000 telah dirasmikan dengan jayanya oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Berucap merasmikan lot bangunan tersebut, Dato’ Tuan Ibrahim menegaskan bahawa PASTI merupakan satu institusi pendidikan pra sekolah yang mampu melahirkan generasi Al-Quran dengan memiliki prestasi akademik yang terbaik.

“Telah terbukti di seluruh negara, murid-murid tahun satu sekolah rendah yang menduduki peperiksaan dan mendapat tempat 1 hingga 10 majoritinya adalah daripada kalangan murid-murid PASTI,” kata Dato’ Tuan Ibrahim.

“Para guru sekolah rendah turut mengakui bahawa murid mereka yang mendapat pendidikan pra sekolah di PASTI lebih baik daripada murid-murid lain,” katanya lagi.

Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang turut mengingatkan para guru PASTI agar sentiasa ikhlas menjalankan amanah yang dipikul. Sungguhpun ganjaran dunia yang diterima tidak setimpal dengan pengorbanan yang mereka lakukan, namun di akhirat nanti mereka akan mendapat ganjaran yang lebih besar.

Turut hadir dan memberikan ucapan dalam majlis tersebut ialah Ust Idris Ahmad, AJK PAS Pusat dan En Abdul Wahid Mohamad, Yang Dipertua PAS Kawasan Sandakan.

No comments:

Post a Comment