Sunday 22 January 2012

PASTIKAN KEMENANGAN DUN KLIAS



CERIA....Azizah ceria bersama pemimpin masyarakat dan penduduk kampung merakamkan gambar kenangan selepas majlis gotong royong di balai raya Kampung Bekalau, Beaufort.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BARISAN Nasional Beaufort akan memastikan kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Klias dengan kerjasama erat di kalangan parti-parti komponen BN di Beaufort.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, Datuk Azizah Mohd Dun berkata BN di Beaufort; khususnya DUN Klias sentiasa kuat dan kukuh dengan kepimpinan yang mengutamakan parti dan perjuangan untuk membela rakyat dengan agenda perjuangan pembangunan secara menyeluruh.

“BN Beaufort memegang kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang juga Presiden UMNO ketika membuat Ucapan Penggulungan Perhimpunan UMNO lalu iaitu sentiasa mengutamakan parti lebih daripada kepentingan individu yang mempunyai agenda kepentingan diri sendiri.

“Sehubungan itu BN Beaufort akan bekerja lebih kuat bersama dengan rakyat berbilang kaum dan memastikan kemenangan UMNO BN di DUN Klias dan kita tidak membenarkan sesiapa jua menggugat parti demi kepentingan diri sendiri,” katanya selepas majlis gotong-royong di balai raya Kampung Bekalau, anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (kemas) Beaufort, kelmarin.

Hadir sama Ketua Kampung Bekalau, Butui Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Bekalau, Rahman Karmo, Ketua Umno Cawangan Kg Bekalau, Camarlin Loksin dan Penyelia Perhubungan Kemas Dun Klias, Fatimah Asiah ibrahim.

Terdahulu Azizah yang juga Ketua Pergerakan Wanita BN dan Pergerakan Wanita Umno bahgaian Beaufort itu menerima penyerahan borang penempatan semula daripada 16 keluarga di Kg Masjid Baru Bekalau.

Azizah turut berharap rakyat Dun Klias akan sentiasa menyokong kerajaan BN dan menolak dakyah pihak pembangkang demi memastikan kemenangan BN yang telah terbukti membawa pembangunan secara berterusan di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment