Sunday 15 January 2012

PEMBANGKANG GEMAR HASUT MASYARAKAT CINA



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

LEBIH 4,500 orang Warga Tua berusia 55 ke atas yang terdiri daripada masyarakat Cina, khususnya pengundi kawasan P186 Parlimen Sandakan membanjiri Dewan Chi Wah, Jalan Pantai pada pagi kelmarin untuk menerima Ang Paw dan bantuan makanan daripada pejabat Parlimen Sandakan.

Sumbangan Tahun Baru Cina yang berupa wang tunai dan barang-barang keperluan telah disampaikan sendiri oleh Ahli Parlimen Sandakan yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Dalam ucapan alu-aluan V.K Liew berkata, beliau menyeru masyarakat Cina di Sandakan supaya bersatu padu menyokong dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional untuk meneruskan agendanya membangunkan Sandakan dengan lebih pesat agar dapat dinikmati bersama.

Katanya, dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berasaskan perkongsian kuasa dalam menerajui pentadbiran kerajaan adalah berfokus kepada menjaga kebajikan rakyatnya tanpa mengira kaum, kepercayaan anutan agama dan fahaman ideologi politik yang berbeza untuk sama-sama mengecapi kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan.

V.K Liew berkata parti-parti pembangkang sentiasa menghasut masyarakat Cina agar tidak menyokong kerajaan BN, kononnya BN parti yang berat sebelah dan kaum Cina terpinggir ini semuanya helah pembangkang yang sengaja memesongkan pemikiran dengan tujuan untuk meraih simpati rakyat.

“Sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat jelata, saya akan terus berlaku adil dan saksama dalam memberi apa juga bentuk bantuan kepada rakyat, sama ada Cina dan bumiputera; contohnya pada musim-musim menyambut perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina” tegasnya.

No comments:

Post a Comment