Thursday 19 January 2012

PEMBEBASAN ANWAR POSITIF BAGI KAUM CINA?



Oleh : HAJI SUBKY LATIF

BOLEH dikatakan umumnya, masyarakat Cina menerima positif akan keputusan Hakim Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan Sodomi II.

Panggilan telefon dari Sabah memberitahu saya, dari sepuluh orang Cina Sabah yang ditemui menyatakan suka dan gembiranya atas keputusan itu.

Pada mereka, negara telah membuang banyak masa dan menghabiskan banyak wang rakyat bagi menaja fitnah terhadap Anwar. Itu mesej kritik yang disampaikan terhadap kerajaan.

Jika ia dapat ditafsirkan sebagai sikap umum masyarakat Cina di Sabah, ertinya mereka amat senang atas penyelesaian kes Anwar itu. Jika rayuan atas keputusan itu difailkan pula, maka bertambah lagi masa yang terbuang dan banyak tambahan penggunaan wang rakyat atasnya.

Ia adalah satu amaran kepada kerajaan Barisan Nasional betapa sepuluh orang Cina yang tidak senang masa dan wang dihabiskan untuk memburukkan Anwar, tidak seorang pun akan memberi undi kepada 'Dacing'.

Ia boleh mempengaruhi suasana pilihan raya umum yang akan datang di Sabah.

Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menyatakan, sokongan masyarakat Cina di Sarawak terhadap Pakatan Rakyat, khususnya DAP, adalah lebih baik dari di Sabah.

Tetapi dengan bayang dari Sabah itu, boleh diandaikan, suasana di Sabah itu sudah menyamai Sarawak.

Jika pembebasan kes Anwar itu positif bagi Cina Sabah dan Sarawak, maka ia suatu yang positif bagi Pakatan Rakyat untuk menguasai pengundi Cina di dua buah negeri itu.

Tidak mustahil, pada pandangan pengamat politik Sabah, pembangkang boleh dapat lebih dari dua kerusi Parlimen sebagai PRU 2008 dulu. Pakatan boleh meraih hingga hampir 20 kerusi dan buat pertama kali boleh meraih lebih dari satu. Bagaimanapun Sabah belum dapat dirampas pembangkang.

Sebelum Anwar dibebabaskan bekas Timbalan Menteri MCA memberitahu kedua-dua bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting dan Datuk Seri Ong Tee Keat merasakan paling banyak MCA boleh dapat lima kerusi Parlimen.

MCA tidak ada isu yang hendak diketengahkan. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan anaknya, MP Labis hanya menjaja isu hudud. Kiranya BN kalah, kerajaan Pakatan yang PAS ada di dalamnya akan melaksanakan hudud. Bagi keduanya hudud itu buruk bagi orang bukan Islam. Itu saja isunya.

Jika sebelum keputusan mahkamah itu MCA rasa ia boleh menang paling banyak lima kerusi saja, maka tiada lonjakan bagi penyokong Pakatan selepas keputusan itu. Kiranya Cina Sabah melihatnya suatu yang positif, tidak mungkinkah ia juga yang rasakan oleh orang Cina di Semenanjung.

Selama ini MCA menang atas sokongan pengundi Melayu. Majoriti undi Cina dapat dibantu oleh majoriti undi Melayu. Tetapi andaian sekarang, majoriti kecil pengundi Melayu untuk BN tidak mampu menangkis majoriti besar undi Cina yang diberi kepada Pakatan.

Penerimaan orang Melayu tentang keputusan mahkamah itu berbelah bagi. Orang muda rata-rata melihatnya politif. Anwar dapat apa yang sepatutnya dia dapat. Dia sudah jadi orang bersih.

Tetapi ramai juga orang Melayu percaya apa yang diberitakan itu benar sekali pun mahkamah tidak menyokong berita itu. Bagi mereka seorang yang didakwa itu adalah bersalah. Sekalipun mahkamah membebaskannya, tetapi pembebasan itu adalah disebabkan oleh tidak cukup bukti. Bukan kerana tidak bersalah.

Islam telah mengingatkan apabila datang berita dari orang pasik, maka hendaklah disiasat dan dipastikan kebenarannya. Ulama seperti Tok Guru Nik Aziz menerima berita dengan rasa syukur hingga beliau berpuasa syukur.

Tetapi orang yang tidak alim tidak mengira hakim telah membuat keputusan yang betul. Apapun keputusan itu tidak wajar ditakwil kecuali oleh mahkamah rayuan.

12 comments:

  1. I'm glad this sodomy case is over after all those years. It's getting quite stale and boring after a while.

    ReplyDelete
  2. This case has come to an end, just let it go. Hope that no one will keep on bring this up and refusing to let go of this issue.

    ReplyDelete
  3. tak sangka dengan hanya berdasarkan kepada kenyataan 10 orang ini dapat disimpulkan bahawa masyarakat cina di Sabah tidak magi menyokong kerajaan BN.

    ReplyDelete
  4. Mudah-mudahan isu liwat ini tidak akan diungkitkan lagi.

    ReplyDelete
  5. kes liwat anwar dah selsai, harap tak dibangktkan lagi.

    ReplyDelete
  6. belum tanya keseluruhan kaum cina.

    ReplyDelete
  7. saya rasa baik buat soal selidik ke atas semua masyarakat Cina di Malaysia.

    ReplyDelete
  8. kita tunggu keputusan PRU-13. Siapa yang lebih disokong oleh masyarakat Cina.

    ReplyDelete
  9. Baguslah kalau macam itu. Yang kita tahu keputusan kehakiman di Negara kita ini adalah adil dan tidak seperti pembangkang katakan.

    ReplyDelete
  10. So much time was spent on Anwar's case. When this case is over, everyone is glad. Because there are many more important things need to be focused.

    ReplyDelete
  11. ramai ka yang setuju bila Anwar mengajak penyokong2nya berhimpun dihadapan pintu mahkamah semata2 untuk mempengaruhi keputusan mahkamah bagi membebaskan beliau??

    ReplyDelete
  12. biasanya apa yang dijangka oleh pihak pembangkang dalam setiap pilihanraya tidak akan menjadi kenyataan.. begitulah yang berlaku dalam setiap pilihanraya kecil.. mereka yakin menang tapi akhirnya kalah juga.. jadi eloklah mereka teruskan saja usaha tanpa mengiktiraf kemenangan sebelum bertanding.. kemenangan Anwar dalam kes mahkamah tidak menggambarkan kemenangan beliau dalam pilihanraya..

    ReplyDelete