Wednesday 11 January 2012

PEMUDA PBRS BIDAS STAR



Oleh : MEDIA PBRS

PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) akan terus setia bersama dengan Barisan Nasional (BN) dan terus bekerja kuat untuk memastikan sokongan berganda rakyat terhadap keupayaan dan kepimpinan BN yang telah terbukti di mata rakyat.

Ketua Pemuda PBRS N.37 Sook, Kahirin Bador berkata, pimpinan Parti Reformasi Rakyat (STAR) menggesa pemimpin BN agar meninggalkan BN adalah satu kenyataan yang tidak masuk akal.

“PBRS adalah parti yang setia dan akan terus kekal bersama dalam BN. Kami yakin parti Upko dan PBS juga setia dalam BN,” kata Kahirin.

Malahan kata Kahirin BN tetap akan menang besar dalam pilihanraya yang akan datang.

“Telah terbukti bahawa BN Sabah dimbawah kepimpinan Yang Berhormat Ketua Menteri, Datuk Musa Haji Aman terbukti membawa pembangunan kepada Sabah,” kata Kahirin.

Menurutnya, dahulu Sabah telah mengalami defisit ketika berada di dalam kerajaan pembangkang, namun di bawah kerajaan BN, Sabah kini mempunyai ekonomi yang stabil yang dibuktikan dengan pembentangan Bajet 2012 oleh Ketua Menteri.

Sehubungan dengan itu kata Kahirin, kenyataan Setiausaha Parti STAR yang berpangkalan dari Sarawak itu adalah satu kenyataan yang terdesak kerana mereka (Star) tahu keupayaan parti itu di Sabah belum teruji.

“Pemuda PBRS Sook mencabar Guandee (Setiausaha STAR) untuk bertanding di Dun Sook untuk melawan BN pada pilihanraya umum Ke-13 bagi membuktikan siapa sebenarnya yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat Sabah dan siapa yang hanya pandai bercakap ibarat tin kosong,” ujar Kahirin.

Katanya, PBRS dilabel sebagai parti nyamuk, namun itu bukan kehendak PBRS kerana ia adalah kehendak pihak atasan.

“Sebutlah apa sahaja, label kami sebagai parti nyamuk itu tidak apa-apa bagi kami, kerana walaupun sedemikian peranan yang dilakukan oleh PBRS di kawasan yang diwakili setanding dengan peranan yang telah dijalankan oleh parti yang lebih besar,” kata Kahirin.

PBRS melalui kuota mendapat 1 kerusi DUN dan 1 Kerui Parlimen dalam Pilihanraya Ke-12. Kini secara terbuka menuntut Kerusi Parlimen Sepanggar untuk ditandingi oleh parti itu pada pilihanraya yang akan datang.

“Kepimpinan yang baik dan cemerlang serta keihklasan dan pengobanan dalam pejuangan yang di lakukan oleh Presiden PBRS adalah kunci kenapa parti ini terus dekat dengan rakyat dan kita juga sentiasa menerima penambahan keahlian,” kata Kahirin yang juga merupakan Exco Pergerakan Pemuda PBRS Pusat.

Oleh itu kata Kahirin, PBRS tidak berminat dengan pelawaan Parti STAR sebuah parti lapuk yang tidak diingini di Sarawak, sebaliknya jika benar-benar parti itu dan parti parti pembangkang lain yang mahu memperjuangkan rakyat, PBRS sentiasa terbuka menerima mereka.

11 comments:

  1. All parties should continue to work hard to gain the people's votes during the next General Election.

    ReplyDelete
  2. Some healthy competition does not hurts anyone, in fact, it can help push all parties to aim for the highest.

    ReplyDelete
  3. star masih baru dan kita belum tau lagi sejauhmana kekuatan Star.

    ReplyDelete
  4. Lebih baik PBRS dan STAR fokus untuk mantapkan parti masing2.

    ReplyDelete
  5. persaingan sudah bertambah, semua parti perlu lebih berusaha.

    ReplyDelete
  6. rakyat perlu bijak menilai dan memilih. parti-parti yang ada kini berusaha untuk memenangi hati rakyat.

    ReplyDelete
  7. kalau STAR merupakan parti yang tidak diingini di Sarawak, bagaimana pula di Sabah?

    ReplyDelete
  8. kita tengoklah nanti berapa ramai penyokong yang STAR boleh dapat di Sabah.

    ReplyDelete
  9. Teruskan berkerja kuat bagi memastikan penduduk Sabah akan terus memberikan sokongan kepada Kerajaan BN. Kita sebagai pengerak perlu memastikan hak penduduk dapat dibela dan diperjuangkan.

    ReplyDelete
  10. STAR baru sahaja melebarkan sayap di Sabah tapi sudah pandai tunjuk berani minta parti tempatan BN keluar meninggalkan BN, malah STAR juga telah membuat gesaan supaya PR tidak bertanding di Sabah..

    ReplyDelete
  11. jika STAR benar2 yakin mampu menewaskan BN, tidak perlulah menghasut mana2 parti untuk bertindak seperti yang dicadangan oleh pemimpin STAR.. mulakan la gerakkan dengan berkhidmat kepada rakyat, bukan sekadar bermain dengan kata2 di media..

    ReplyDelete