Tuesday 17 January 2012

PENERBANGAN TERUS SANDAKAN-KL 16 FEB




MALAYSIA Airlines akan memperkenalkan semula penerbangan terus antara Sandakan dan Kuala Lumpur 11 kali seminggu mulai 18 Feb.

Ini bagi memenuhi permintaan sedia ada dan semakin meningkat bagi penerbangan perkhidmatan penuh terus premium antara bandar kedua terbesar Sabah itu dengan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan Isnin.

"Selain itu, pengenalan semula penerbangan terus ke dan dari Sandakan akan membolehkan lebih banyak perjalanan antarabangsa menerusi KLIA bagi memenuhi permintaan rangkaian yang semakin meningkat untuk hubungan premium ke dan dari Sandakan dengan destinasi antarabangsa Malaysia Airlines.

"Pengunjung antarabangsa yang berminat dengan kehidupan liar unik Sabah akan mempunyai lebih banyak akses terus ke kawasan-kawasan di sandakan seperti kawasan perlindungan Orang Utan terbesar di dunia di Sepilok, gajah bersaiz kecil dan monyet proboscis di sungai Kinabatangan dan Pulau Penyu," kata syarikat penerbangan itu.

Dalam pada itu, Penerbangan terus antara Sandakan dan Kuala Lumpur dijangka disambung semula pada 18 Feb.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Isnin, langkah itu bermakna kekerapan penerbangan terus antara Sandakan ke Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) akan berjumlah 11 kali seminggu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pengurusan kanan Malaysia Airlines untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan operasi syarikat penerbangan itu termasuk beberapa perkara yang melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.

"Antara perkara dibincangkan termasuklah menyambung semula penerbangan terus antara Sandakan dan Kuala Lumpur setelah mengambil kira kewujudan permintaan yang sedia ada dan semakin meningkat bagi perkhidmatan penerbangan terus bertaraf `premium' untuk menghubungkan Sandakan dengan terminal utama KLIA," menurut kenyataan itu.

Sandakan ialah bandar kedua terbesar di Sabah. Malaysia Airlines dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu dalam masa terdekat, menurut Pejabat Perdana Menteri.

"Perdana Menteri mengalu-alukan langkah Malaysia Airlines yang telah mengambil kira permintaan pengguna di Sabah, khususnya penduduk Sandakan," menurut kenyataan itu. (BERNAMA)

11 comments:

  1. Harap MAS akan teruskan menyediakan perkhidmatan penerbangan kepada rakyat Sabah, kita sama-sama menjayakan industri pelancongan Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penerbangan antarabangsa ke Sabah harus diteruskan.

      Delete
    2. mungkin MASA akan menyambung semula laluan yang dihentikannya di Sabah bila masalah kewangan yang mereka hadapi sudah selesai.

      Delete
  2. The reestablishment of this route will not only be beneficial for Sandakan, but also for travelers who wish to explore the conservation efforts being carried out in Sandakan as well as it's surrounding vicinity

    ReplyDelete
  3. dgn ini pasti lebih ramai orang akan datang ke Sandakan terutama golongan pelancong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini akan menyumbang kepada pertumbuhan industri pelancongan.

      Delete
  4. Harap tidak dibatalkan lagi secara tiba2. lapangan terbang Sandakan pun akan diupgrade. Pasti akan dapat menampung pengguna2 lapangan terbang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penaiktarafan lapangan terbang Sandakan memang suatu perkembangan yang sangat baik. pasti kedatangan lebih ramai pelancong memerlukan lebih banyak penerbangan.

      Delete
  5. Berita baik untuk penduduk Sandakan. MAS memberikan penerbangan terus dari KL-Sandakan. Sekarang MASB perlulah menaiktaraf kemudahan kepada pengguna.

    ReplyDelete
  6. semoga MAS cepat pulih dari krisis kewangan yang sedang dihadapi dan kembali berkhidmat untuk negeri ini bukan hanya tertumpu di Sandakan..

    ReplyDelete