Tuesday 10 January 2012

PENJAWAT AWAM UTAMAKAN RAKYAT SABAH



KETUA Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta penjawat awam Persekutuan di Sabah agar mengutamakan kehendak dan keperluan rakyat negeri itu dalam merancang dan melaksanakan projek pembangunan.

Katanya ini penting bagi memastikan kumpulan sasar berkenaan mendapat manfaat. Untuk itu, agensi kerajaan persekutuan dan negeri harus mempertingkatkan interaksi bagi memastikan semua rancangan pembangunan dapat dilaksana dengan cekap, katanya berucap pada perhimpunan anggota perkhidmatan awam Persekutuan, di sini Isnin.

"Walaupun bertugas di pelbagai jabatan dan agensi yang berbeza, penjawat awam Persekutuan dan kerajaan negeri perlu terus bekerja dan berkhidmat sebagai satu pasukan yang utuh dan mantap," katanya.

Selain itu katanya, kerajaan negeri sentiasa mengiktiraf dan menghargai sumbangan warga kerja Persekutuan yang kini menjangkau 100,000 orang.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ketua Menteri berkata beliau berpuas hati dengan jumlah penyertaan penjawat awam dari Sabah dalam perkhidmatan awam Persekutuan.

"Ada di kalangan mereka ini yang sudah mengetuai jabatan dan agensi Persekutuan di Sabah, dan ini adalah satu perkembangan yang baik," katanya.

Beliau berkata Sistem Baru Perkhidmatan Awam yang lebih baik, yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen tahun lepas, menunjukkan komitmen dan kesungguhan kerajaan untuk mengangkat martabat penjawat awam ke satu tahap yang lebih tinggi.

Oleh itu, Musa berharap penjawat awam Persekutuan dapat membantu menjayakan pelbagai inisiatif program transformasi kerajaan. (BERNAMA)

12 comments:

  1. Penjawat Awam dari Persekutuan perlulah melaksanakan tugas mereka dengan bertanggungjawab walaupun mereka bukan rakyat daripada Sabah.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya warga Sabah yang patut diberikan peluang untuk menjadi penjawat awam kerana mereka lebih mengenali keperluan rakyat setempat berbanding orang luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..guru2 di Sabah pun ramai yang berasal dari SM sedangkan ramai juga rakyat Sabah yang berkelayakan boleh mengisi jawatan tersebut.

      Delete
  3. Setuju. Peluang harus diutamakan kepada orang Sabah tanpa mengira kaum dan agama. Peluang sama rata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang sabah perlu diberi keutamaan, mereka ramai jg yg berkebolehan.

      Delete
  4. Moga lebih banyak rakyat Sabah yang memegang jawatan penting di masa akan datang.

    ReplyDelete
  5. penjawat awam harus sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat.

    ReplyDelete
  6. penjawat awam jua perlu berusaha untuk meningkatkan kualiti kerja mereka dari masa ke masa.

    ReplyDelete
  7. saya pernah juga dengar dakwaan yang menyatakan pengambilan penjawat awam di Sabah memilih bangsa dan agama dan bukan kerana kelayakan yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  8. Saya sokong dengan kata-kata dari Datuk Musa Aman itu. Penjawat Awam memang perlu memberi bantuan yang sepatutnya kepada penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  9. kerja2 mengutamakan kehendak dan keperluan rakyat Sabah akan lebih mudah jika penjawat2 awam jabatan persekutuan di Sabah terdiri dari rakyat tempatan di negeri ini..

    ReplyDelete
  10. mana2 penjawat awam yang tidak produktif atau mempunyai reputasi buruk wajar diberhentikan serta merta..

    ReplyDelete