Wednesday 11 January 2012

PENUBUHAN STAR SABAH SAH MENURUT PERLEMBAGAAN



Oleh : MUTALIB M.D

PRESIDEN II State Reform Party (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan menafikan laporan media bahawa partinya yang dilancarkan secara rasmi di Sabah pada 6 Januari lalu tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

“STAR bukan parti haram dan media telah mendapat maklumat yang salah tanpa merujuk kepada saya atau Ibu Pejabat STAR di Sarawak,” ujar Jeffrey ketika dihubungi melalui telefon sebentar tadi.

Jeffrey menegaskan bahawa menurut Artikel 18 Perlembagaan STAR yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia membolehkan STAR menubuhkan bahagian dan cawangan di mana-mana negeri di Malaysia kerana STAR adalah Parti Nasional.

“Walaupun kita di Sabah masih dalam peringkat penaja, tetapi kehadiran kita di Sabah adalah sah menurut Perlembagaan Parti dan Akta Pertubuhan 1960,” kata Jeffrey yang menasihati agar para penyokong STAR di Sabah dan Sarawak tidak keliru dengan berita yang dimanipulasikan media atas agenda pihak tertentu yang gentar dengan kemunculan STAR di Sabah.

Kata Jeffrey, beliau meyakini bahawa ‘Semangat 1985’ kini meresap di jiwa Anak Negeri Sabah yang mahukan autonomi dan bebas daripada penindasan politik pihak Persekutuan; terutama berhubung agehan kek ekonomi yang seimbang dan hak politik yang setara.

“Kita yakin STAR akan menjadi pilihan rakyat Sabah kerana kita memahami aspirasi rakyat Sabah. Jika PBS boleh mencatat rekod dunia pada 1985, kenapa STAR tidak dapat mengulangi sejarah yang pernah dilakar PBS?,” ujar Jeffrey yang memaklumkan sambutan rakyat tulen Sabah begitu menggalakkan.

Sehubungan itu, Jeffrey menasihati agar ahli STAR di Sabah dan Sarawak menumpukan usaha untuk memenangi hati rakyat dengan memberi perkhidmatan yang jujur, telus dan ikhlas kepada masyarakat, terutama rakyat di luar bandar yang tertindas oleh karenah birokrasi dan dasar pilih kasih Barisan Nasional.

12 comments:

  1. Can ROS confirm Jeffrey Kitingan's statement that their party is indeed registered?

    ReplyDelete
  2. Sebelum memilih untuk berjuang dalam STAR, takkanlah JK tidak tahu soal undang2 pendaftaran parti politik.

    ReplyDelete
  3. bagaimana isu ini boleh timbul jika Star dan mendaftar?

    ReplyDelete
  4. apaun, harap Star berjaya dalam perjuangan.

    ReplyDelete
  5. pihak mana yang benar ni? Lebih baik tunjukkan bukti.

    ReplyDelete
  6. sebaiknya penjelasan diberikan oleh pihak yang berkaitan untuk mengetahui keadaan sebenar.

    ReplyDelete
  7. sejauhmana star akan mendapat sokongan itu bergantung pada usaha mereka.

    ReplyDelete
  8. Yakin dengan STAR? bagaimana mahu yakin jika mula-mula sudah tidak mengikuti peraturan dan tidak berdaftar dengan ROS.

    ReplyDelete
  9. Kita tunggu penjelasan seterusnya mengenai Parti Batu Sabah ini STAR.

    ReplyDelete
  10. Terpulanglah kepada Star bagaimana mereka boleh memenangi hati pengundi di Sabah.

    ReplyDelete
  11. baik Jeffrey merujuk terus kepada pihak ROS bagi mengelakkan parti itu dihalang dari meletakkan calon pada PRU akan datang..

    ReplyDelete
  12. kadang kala, pemimpin2 pembangkang sukar untuk dipercayai kerana terbukti mereka suka membelakangkan undang2 atau peraturan yang telah disediakan oleh kerajaan hari ini..

    ReplyDelete