Friday 13 January 2012

PERTEMUAN HAJI HADI DAN PAK LAH MASIH MISTERI?



Oleh : AZMAN ARIFFIN

DATUK Seri Abdul Hadi Awang perlu tampil menjelaskan kepada rakyat, benarkah beliau ada berjumpa dengan mantan Perdana Menteri Abdullah Badawi pada 2008 untuk berbincang tentang pembentukan kerajaan perpaduan, seperti yang didakwa bekas Setiausaha Politik Abdulah, Datuk Md. Alwi Che Mat.

Benarkah perbincangan yang didakwa Alwi itu wujud?

Sepengetahuan penulis, isu kerajaan perpaduan ini dimulakan oleh UMNO, bukan PAS. UMNO yang dikhabarkan beria-ia ingin mengadakan kerjasama tersebut dengan PAS, tapi dibantah sebahagian besar pemimpin utama PAS termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tidak tahu pula penulis sudah ada perbincangan antara 2 Presiden parti diadakan ke arah itu?

Pendedahan ini, jika benar, akan memalukan seluruh warga PAS yang selama ini percaya UMNO yang terhegeh-hegeh ingin bekerjasama menubuhkan kerajaan perpaduan, bukan sebaliknya.

Penulis ingin ingatkan Haji Hadi, kesan kepada pendedahan ini amat besar walaupun isu ini telah agak lama berlalu. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan, kesalahan ini amat besar, jauh lebih besar dari kesalahan yang membawa kepada pemecatan Hasan Ali dari PAS.

Kalau Hasan Ali diibaratkan membakar jambatan antara dirinya dan PAS, tindakan sedemikian (jika benar) oleh Haji Hadi, ibarat mahu membakar PAS itu sendiri!

Seingat penulis, perbincangan sedemikian tidak pernah mendapat kelulusan Majlis Syura Ulama, mahupun Muktamar Tahunan PAS sebagai antara 2 badan tertinggi selain Mursyidul Am. Persoalannya sekarang, siapa yang memberi kuasa kepada Haji Hadi untuk memulakan perbincangan tersebut?

Lebih penting, siapa lagi yang turut terlibat?

Seperti didakwa Alwi, perbincangan tersebut dijalankan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana. Tidak seperti kediaman biasa yang lain, sudah tentu ada rekod kemasukan yang boleh dirujuk untuk membuktikan pertemuan tersebut berlangsung atau tidaknya.

Ini yang penulis bimbangkan kerana dengan rekod itu, tidak mungkin Alwi berbohong sementara sukar juga untuk Haji Hadi mengelak dari mengakui perkara tersebut nanti.

Justeru, amat penting untuk Haji Hadi tampil dengan kisah sebenar kepada umum. Perkara ini perlu dijelaskan dengan segera kerana sikap membisu akan hanya menimbulkan lebih banyak prasangka kepada kepimpinan Haji Hadi sebagai Presiden PAS.

Penulis tidak mahu membayangkan kesannya kepada kerjasama PAS dengan parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat, lebih lagi dalam keadaan sekarang semua pihak bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum yang dijangka pada bila-bila masa.

Penulis juga tidak malu mengakui, jauh di sudut hati, penulis benar-benar berharap perkara ini tidak berlaku atas apa alasan sekalipun.

13 comments:

  1. Diharapkan Hadi Awang akan menjelaskan misteri tentang perjumpaan beliau dengan Pak Lah ini.

    ReplyDelete
  2. Rasanya Hadi juga ada alasannya sendiri, kita tunggulah kenyataan daripada Hadi Awang selepas ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I couldn't agree more: Let's wait for his official statement regarding this matter.

      Delete
  3. Detailed explanation is warranted...

    ReplyDelete
  4. Haji Hadi, jika tak salah..usah takut buat penjelasan.

    ReplyDelete
  5. Mungkin juga mereka berbincang pasal Islam Hadhari?

    ReplyDelete
  6. hal mcm ini pun nak diperbesarkan.. adalah lebih baik jika UMNO dan PAS bekerjasama. pasti prpaduan akan wujud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO dan PAS parti yang berasaskan Islam. kalau mereka bekerjasama pun ok juga.

      Delete
  7. Ini isu yang sangat menarik. Selama ni kita hanya tahu Umno yang teringin mahu bekerjasama. Tapi sekarang kedua-dua ada buat perbincangan. Isu lama tapi masih panas kalau dibangkitkan. Lebih2 lagi dekat2 PRU13. Adakah PAS sudah terdesak untuk mendapat undi orang2 Melayu.

    ReplyDelete
  8. Nampaknya melalui khabar angin ni, Umno tidak bertepuk sebelah tangan. Tapi apa2 pun perlu ada kenyataan rasmi dari Umno dan PAS mengenai hal ni.

    ReplyDelete
  9. Ini rasanya sudah berlaku cerita. Memang pelbagai khabar telah diberikan oleh pelbagai pihak mengenai perkara ini. Namun masih belum ada kepastian adakah benar atau tidak.

    ReplyDelete
  10. apa salahnya ada pertemuan antara Haji Hadi dan Pak Lah? mesti ada pihak yang mahu memperbesar2kan isu ni. tapi, apapun Haji Hadi perlu memberikan penjelasan tentang perkara ni.

    ReplyDelete
  11. jika tahu pertemuan itu masih misteri, baik jangan buat apa2 spekulasi..

    ReplyDelete