Monday 16 January 2012

PETRONAS PEMANGKIN INDUSTRI MINYAK & GAS



Oleh : NEWMOND TIBIN

KEHADIRAN Petronas sejak awal 1970-an telah terbukti berjaya menjadi pemangkin ekonomi untuk Sabah, terutamanya dalam industri minyak dan gas, kata Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Salleh Tun Said.

Beliau berkata sehingga Ogos tahun lepas, Petronas telah mencatatkan kira-kira RM61 bilion dalam aktiviti-aktiviti huluan dan hiliran sektor petroleum Sabah, sekali gus memberikan sumbangan yang ketara kepada pembangunan negeri.

"Ini merupakan jumlah wang yang banyak dan warga Sabah seharusnya berterima kasih kepada Petronas.

"Tanpa ragu-ragu lagi, Petronas amat komited dalam usahanya mengembangkan industri minyak dan gas negeri yang merupakan seiringan dengan program transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata beliau.

Salleh berkata ini terbukti daripada aktiviti hiliran Petronas yang rancak dan kukuh, yang termasuklah penapisan minyak, loji petrokimia, pengagihan produk petroleum, cawangan runcit dan syarikat pengedaran gas asli, di dalam negeri.

"Saya rasa banyak peluang telah diwujudkan oleh Petronas di Sabah, dan ramai orang Sabah mendapat manfaat daripada kehadiran Petronas di sini.

"Sudah pastinya, Petronas menyediakan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada warga tempatan. Itu belum lagi syarikat-syarikat Sabah yang telah bersedia untuk mendapat kontrak bernilai RM600 juta dalam projek loji Sabah Ammonia-Urea (Samur) yang dimiliki oleh Petronas Chemicals Group Bhd di Sipitang," kata beliau.

Salleh berkata masa depan sektor minyak dan gas di Sabah terus dipertingkatkan lagi berikutan pengumuman Petronas tahun lepas mengenai pelaburan dan komitmennya kepada perbelanjaan modal yang disatukan bernilai sehingga RM45 bilion untuk melaksanakan pelan induk bersepadu minyak dan gas, melibatkan pembangunan beberapa projek hiliran dan huluan untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

Projek-projek itu termasukan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) bernilai RM3.8 bilion, loji kuasa gas berkapasiti 300MW di Kimanis bernilai RM1.5 bilion, kilang baja mega di Sipitang bernilai RM4.6 billion dan terminal gas asli cecair dan regasifikasi di Lahad Datu untuk menampung gas asli di loji kuasa 300MW yang dicadangkan di kawasan itu yang dijangka menelan kos RM2.2 bilion.

11 comments:

  1. Hope that Petronas will continue with this commitment to help improve the gas and oil sector in the state.

    ReplyDelete
  2. These project such as the SAMUR project can create more job opportunities in Sabah so that the locals can be more involved in the gas and oil sector.

    ReplyDelete
    Replies
    1. but we still hope that Petronas can build more project in Sabah in the future.

      Delete
  3. Petronas mmg memberi byk sumbangan kepada pembangunan sabah dan begitu juga sebaliknya.

    ReplyDelete
  4. alangkah baiknya jika royalti minyak Sabah dinaikkan, pasti sabah akan semakin maju dan membangun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilalah agaknya royalti minyak Sabah ini dinaikkan?? saya rasa negeri2 pengeluar minyak yang lain pun menuntut kenaikan kadar royalti. saya rasa bagus semua negeri pengeluar minyak di Malaysia bersatu menggesa kenaikan royalti. beri sedikit tekanan.

      Delete
  5. Rakyat Sabah berhak untuk menikmati banyak manfaat daripada hasil minyak negeri.

    ReplyDelete
  6. Provide more job opportunity to local people of Sabah

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kepada Petronas kenara telah banyak membantu Sabah dari awal sehingga sekarang. Pelbagai projek Mega telah dirancang oleh Petronas. Teruskan lagi untuk membantu membangunkan ekonomi Sabah.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Petronas did make contribution to Sabah, let make it more significant in the future so that most of the Sabahans can feel the benefits.

    ReplyDelete
  9. walau apapun kritikan atau tomahan pihak tertentu berkenaan dengan kehadiran Petronas di negeri ini, saya yakin rakyat lebih melihat kepada sumbangan dari segi komitmen pelaburan syarikat ini kepada negeri Sabah..

    ReplyDelete