Monday 16 January 2012

PILIH HALA TUJU IKUT KECENDERUNGAN PELAJAR



SAMPAIKAN....Azizah sedang menyampaikan Anugerah Kecemerlangan PMR kepada Sarimah Jasni.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

GOLONGAN ibu bapa disaran agar memastikan bidang bersesuaian yang mengikut kecenderungan dan kebolehan anak masing-masing dalam menentukan hala tuju pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, ibu bapa perlu bersikap terbuka dan sedia berbincang dengan anak-anak untuk mendapatkan gambaran sebenar bagi menentukan hala tuju mereka dalam meneruskan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Mungkin ada di kalangan ibubapa yang bertindak menentukan pilihan anak-anak. Namun, kita perlu bersikap keterbukaan dan berbincang untuk memahami apa kekuatan, kelebihan kemahiran dan kecenderungan anak agar anak-anak tidak merasa keliru dan mempunyai sasaran yang jelas dalam menentukan hala tuju cita-cita mereka,”

Azizah berharap ibu bapa dapat mengelakkan agar tidak terlalu membuat acuan terhadap kerjaya anak seperti memaksa anak menjadi doktor sedangkan kelebihan dan minatnya mungkin untuk menjadi angkasawan.

“Sokonglah dan bantu anak-anak kita membuat pilihan jurusan sama ada sains, sastera ataupun teknikal untuk mereka mencapai cita-cita masing-masing kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR 2011 bagi kawasan N.25 Klias di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort II, di sini baru-baru ini.

Majlis yang dianjurkan Pejabat Adun Klias itu menyaksikan seramai 28 pelajar cemerlang PMR dari empat sekolah menerima sijil peghargaan yang disampaikan Azizah.

Mendahului senarai penerima ialah pelajar SMK Kota Klias, Sarimah Jasni yang mendapat 9A diikuti seorang pelajar yang mendapat 8A 1B dari SM St Paul Beaufort. Pelajar yang mendapat 8A pula ialah seramai 14 pelajar, 7A 1B 1C (dua), 7A 1B (lapan) dan 7A (dua).

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias turut mengingatkan pelajar-pelajar agar bijak menentukan hala tuju mereka ke peringkat yang seterusnya.

“Dalam masa dua tahun lagi anak-anak akan berhadapan dengan peperiksaan besar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kita maklum, SPM ialah titik permulaan hala tuju ke peringkat seterusnya kepada para pelajar sekalian. Anak-anak pelajar perlu mengetahui apa kecenderungan dan minat masing-masing dalam menentukan arah tujuan tersebut.

Beliau berkata pelajar perlu merancang dengan jelas dari awal dan memikirkan kerjaya yang sesuai dengan ilmu agar ianya boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk masa depan yang baik kepada diri sendiri dan masa depan negara.

“Anak-anak pelajar yang saya kasihi sekalian,walau apapun jurusan yang dipilih, anda hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Dalam dunia persaingan harinini, kita tidak akan hanya cukup untuk menjadi yang ’biasa-biasa’ sahaja. Untuk bersaing dalam era yang kian mencabar ini kita perlu menjadi yang terbaik atau dengan kata lain menjadi ’pakar’ dalam lapangan pilihan tersebut,” katanya sambil menambah bahawa pembangunan pendidikan di negara ini adalah agenda penting kerajaan Barisan Nasioanl (BN)

“Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap kepentingan ilmu dan kecemerlangan pendidikan bagi melahirkan anak-anak yang berpelajaran dan berhemah, pelbagai usaha kerajaan dirancang rapi melalui diperuntukan yang banyak untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini.

”Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan pendidikan bertujuan meringankan bebanan sampingan keluarga dalam perbelajaran anak-anak sekolah termasuklah peruntukan RM100 kepada setiap pelajar, baucer RM200 untuk buku teks, komputer 1 Malaysia, pinjaman PTPTN, biasiswa dan sebagainya,” katanya

Di samping itu katanya kerajaan menitikberatkan kemudahan-kemudahan prasarana sekolah dan menjadikan sekolah-sekolah lengkap dengan keperluan pembelajaran yang selesa dan secukupnya.

Beliau berkata rakyat negara ini juga perlu bersyukur keana dikurniakan kedudukan sosio ekonomi yang baik yang memberi keselesaan kepada anak-anak menuntut ilmu tanpa sekatan dan halangan.

”Jika kita mahu terus melihat anak cucu kita membesar dalam roda kehidupan yang seimbang maka janganlah sekali-kali kita lalai dari tanggungjawab kita menjaga keaman negara ini.

”Di negara luar yang lain, ada anak-anak muda dahagakan ilmu pendidikan namun keadaan negara yang tidak stabil menyekat keinginan itu. Maka, kita tidak inginkan perkara yang sama terjadi di negara yang kita kasihi ini kerana ilmu dan pengetahuan itu ialah perkara asas dalam pembentukan ketamadunan,” katanya.

Sementara itu, Sarimah ketika ditemui melahirkan rasa gembira atas kejayaan yang diperolehi. Meraka juga amat berterima kasih kepada Azizah dan pihak penganjur kerana kerana meraikan kejayaan mereka.

Pelajar SMK Beaufort II, Puteri Amira Mohd Shaffie yang mendapat 8A berkata daia amat bersyukur dan akan terus berusaha untuk meneruskan kejayaan yang lebih cemerlang lagi.

11 comments:

  1. Apart from interest as well as passion, students too need to examine the job demand for the tertiary program they will pursue in the future.

    ReplyDelete
  2. Students should be encourage to chose professions that are well demand in the marketplace so that they are able to find suitable jobs based on the courses they have taken.

    ReplyDelete
  3. Hope that the RM100 and RM200 allocations for students will be spend wisely on books and stationaries.

    ReplyDelete
  4. para pelajar kena bjak dalam memilih bidang, pilihlah bidang yang sesuai dan memenuhi kehendak pasaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..nanti kalau tersilap pilih susahlah nak cari kerja. ini juga salah satu penyebab berlaku pengangguran.

      Delete
  5. Pilih la pengajian yang sesuai dengan minat yang mendalam. Pengajian yang diamabil akan menentukan kerjaya pada masa depan.

    ReplyDelete
  6. Para pelajar harus berhati-hati dalam memilih bidang pengajian. Ibu bapa juga harus membimbing tapi bukan mengarah.

    ReplyDelete
  7. saya rasa sekarang ni tiada lagi ibubapa yang terlalu mengongkong anak2 mereka. pelajar bebas buat pilihan mengikut minat dan kecenderungan.

    ReplyDelete
  8. Betul biarkan pelajar itu sendiri menentukan apa yang mereka inginkan. Kerana itu adalah pilihan yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  9. Go for careers that have the potentials in the market. Make sure you have passion on it so that you will be less stressful.

    ReplyDelete
  10. sebaik2nya ibubapa dan anak2 mereka duduk berbincang bagi membuat keputusan yang tepat dalam menentukan hala tuju anak2 mereka.. ibubapa tidak boleh membuat keputusan untuk anak2 mereka, dan anak2 mereka juga tidak boleh membuat keputusan sendiri tanpa nasihat dari pihak yang lebih matang, berpengalaman dan berpengetahuan..

    ReplyDelete