Thursday 5 January 2012

PJJ LAMBAT TUNGGU SURAT TAWARAN DG41



Saudara Pengarang,

SAYA pelajar PJJ (pendidikan jarak jauh) telah ditemuduga ke lantikan tetap pada tahun 2010 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan diperakui lantikan tetap pada bulan Jun 2010. Tetapi masalahnya, saya dan beberapa rakan lain belum menerima surat tawaran DG 41 sehingga sekarang.

Sektor Penguruan Sekolah Bahagian Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS), telah pun dihubungi dan mereka mengatakan bahawa belum ada Surat Arahan Penempatan dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Oleh itu kami minta penjelasan bahawa bilakah surat tawaran itu dapat diproses dan apakah tindakan sewajarnya JPN dan KPM berkenaan dengan masalah tersebut?

Salam Hormat,

BOY

13 comments:

  1. Harap KPM akan menjelaskan isu ini, harap tidak perlu tunggu lama untuk mendapatkan penerangan.

    ReplyDelete
  2. Kesian mereka yang terpaksa tunggu Surat Tawaran ini, janganlah biar mereka tunggu lama.

    ReplyDelete
  3. Mungkin ada masalah yang tidak dapat dielakkan oleh KPM. Namun, lebih baik KPM beri penjelasan agar mereka yang tersepit dengan masalah ini tahu punca masalah dan boleh ambil alternatif lain sementara menunggu surat tawaran.

    ReplyDelete
  4. hal ini perlu diperjelaskan, jgn biarkan mereka terus menunggu, KPM juga kena tingkatkan kualiti kerja mereka.

    ReplyDelete
  5. Keutamaan mungkin diberikan kepada mahasiswa lepasan pendidikan. Mengenai DG41 mungkin masih dalam pemprosesan.

    ReplyDelete
  6. ketika beliau menghubungi JPNS, kenapa tidak tanya sekali bilakah surat tawaran itu dapat diproses??

    ReplyDelete
  7. sebaiknya penjelasan diberikan berhubung dengan pekara ini.

    ReplyDelete
  8. harap semua proses akan dapat dipercepatkan agar mereka tidak menunggu terlalu lama.

    ReplyDelete
  9. Harap surat tu dipercepatkan, ni boleh menganggu emosi pengajar. Merasa tidak selamat selagi surat tawaran tidak diterima. Bila2 masa saja akan ditendang keluar.

    ReplyDelete
  10. Bikin risau juga tu kalau tiada surat tawaran. rasa macam tidak selamat saja.

    ReplyDelete
  11. Ini sama juga kesnya dengan bekas GSTT. mungkin kena tunggu lama lagi ni. kan biasanya di Sabah selalu saja lambat gerakan. bukan tidak tau.huhu

    ReplyDelete
  12. Kerajaan dah tak mampu... kasi undi pada PR

    ReplyDelete