Friday 13 January 2012

PKR DEDAH BUKTI TERBARU BERHUBUNG NFC



PKR kelmarin mendedahkan bukti terbaru bagi mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan mereka terdapatnya cubaan merasuah pegawai penyiasat daripada seorang individu dalam Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan menggunakan khidmat orang tengah.

Dalam pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya itu, dia mengemukakan emel salah seorang ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, yang menyatakan terdapatnya cubaan merasuah polis oleh individu berkenaan dengan menggunakan khidmat orang tengah.

“Beliau telah menghantar emel menyatakan terdapat penglibatan seseorang dalam cubaan merasuah pegawai penyiasat kes skandal NFC.

“Berdasarkan emel tersebut, SPRM seharusnya menyiasat perkara itu kerana kenyataan tersebut bukanlah kenyataan yang tidak berasas.

“Beliau adalah tokoh yang dihormati dan menduduki banyak jawatan penting dalam negara, selain ahli Lembaga Penasihat SPRM, beliau juga memegang jawatan di Petronas dan banyak lagi agensi kerajaan,” kata Rafizi.

Dalam emel tersebut, menurut Rafizi yang dihantar oleh pegawai berkenaan kepada satu kumpulan emel pada Sabtu 31 Disember, jam 10.40 pagi lalu, pegawai berkenaan menyatakan beliau ada berjumpa peguam yang mewakili NFC dan Pengerusi NFC sendiri.

Pegawai berkenaan dalam emelnya juga menyatakan, “Dia memberitahu kami mengenai kaki penipu ini, seorang bermulut manis yang berjaya meyakinkan pelanggannya yang tertekan untuk memberikan wang supaya dapat mempengaruhi polis supaya bersikap kurang kasar (dengan NFC) semasa soal siasat."

Dalam emelnya itu juga, pegawai tersebut menyatakan “sekarang ini SPRM boleh campur tangan untuk menyiasat, kalau tidak sebelum ini perkara ini adalah urusan polis”.

Berdasarkan kenyataan tersebut, Rafizi bertegas mendesak pihak SPRM untuk menyiasat NFC ekoran emel tersebut kerana pegawai berkenaan merupakan tokoh yang dihormati di negara ini.

“Beliau adalah tokoh yang disegani dan memegang jawatan penting dalam negara, keterangan peribadi yang dibuatnya itu harus dipandang serius oleh SPRM.

“Oleh itu, PKR akan membuat laporan ke pejabat SPRM Shah Alam hari ini agar siasatan boleh dijalankan segera,” tambahnya kerana laporan dan pendedahan yang dikemukakan pihaknya setakat ini tidak menunjukkan sebarang tindakan diambil oleh Badan Pencegah Rasuah tersebut.

15 comments:

  1. Harap siasatan lanjut akan dijalankan untuk kes NFC ini.

    ReplyDelete
  2. A detail look into this matter might shed some light into this scandal A=

    ReplyDelete
  3. hopefully this scandal can be investigate at earnest. Then we can close this embarrassing chapter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This scandal taint the govt's image.

      Delete
    2. Sememangnya wajar diselesaikan kes ini sebelum imeg kerajaan terjejas.

      Delete
  4. Kes Anwar sudah selesai. harap2 isu NFC ni pun akan selesai sebelum PRU. janganlah memakan masa sampai bertahun2.

    ReplyDelete
  5. PKR nampaknya benar2 memberi perhatian terhdap Isu NFC. isu ini pasti mengambil masa untuk selesai.

    ReplyDelete
  6. Tidak kiralah tokoh besar, pengaruh besar..undang2 tetap undang2. Siasat saja demi menegakkan keadilan.

    ReplyDelete
  7. balik-balik cakap ada bukti tapi tidak pun ditunjukkan bukti tersebut.

    ReplyDelete
  8. biarlah pihak berkuasa yang menyiasat dan menyelesaikan kes ini.

    ReplyDelete
  9. Bukti berbaru harap2 boleh mengesan siapakah orang tengah tu.Harap kes ni tidak berpanjangan dan segera diketahui kebenaran.

    ReplyDelete
  10. Gejala rasuah harus dibanteras. mudah2an dapat ditangkap yang membuat salah.

    ReplyDelete
  11. Mari kita lihat apa pendedahan yang dibuat oleh PKR mengenai NFC tersebut. SPRM teruskan penyiasatan mengenai perakra ini.

    ReplyDelete
  12. Bukti itu perlulah tepat dan benar dan bukannya rekaan semata-mata. Semoga kes NFC ini akan ada jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
  13. tuduhan seperti ini tidak patut didedahkan kepada media.. kerana tindakan itu boleh memberikan peluang kepada pihak2 yang terlibat untuk menghapuskan bukti.. buat terus laporan kepada SPRM..

    ReplyDelete