Saturday 21 January 2012

POLIS TAHAN 10 AH LONG DI IBU NEGARA

POLIS menahan 10 lelaki anggota sindiket Ah Long dan merampas wang tunai RM21,000 dalam satu operasi di sekitar ibu negara semalam.

Mereka yang ditahan dalam operasi 'Vulture' oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bermula pukul 12.30 tengah hari di sebuah premis di Jalan Ipoh itu terdiri daripada rakyat tempatan berusia antara 29 hingga 40 tahun.

Sejumlah besar dokumen seperti kad ATM, geran kenderaan, cek, salinan kad pengenalan, gambar-gambar (dipercayai milik peminjam) dan peralatan yang digunakan dalam menjalankan kegiatan 'Ah Long', dirampas dalam operasi itu, kata kenyataan Polis Diraja Malaysia di sini Jumaat.

"Berdasarkan maklumat risikan yang diperolehi, sindiket ini didalangi seorang lelaki tempatan, yang dipercayai mempunyai pengaruh yang kuat serta mampu memperoleh jumlah peminjam yang ramai di sekitar Lembah Klang.

"Penangkapan anggota sindiket ini dipercayai dapat menyelesaikan beberapa kes berkaitan 'Ah Long' yang bergerak aktif di sekitar ibu negara," kata kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai kes itu diminta menghubungi Ketua Penolong Pengarah Operasi JSJK ACP Rohaimi Md Isa di talian 03-26163872. (BERNAMA)

11 comments:

  1. Operasi yang bagus, harap kegiatan Ah Long boleh dikurangkan selepas ini. Mereka tidak patut dibenarkan teruskan peminjaman haram kepada rakyat dan mengenakan bunga yang melampau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat seharusnya tiadk meminjam ari ahlong. risiko nyawa terancam sangat2 tinggi.

      Delete
  2. Harap rakyat juga boleh menjauhi diri daripada meminjam daripada Ah Long. Kalau tiada orang pinjam daripada mereka, semua boleh tutup kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tidak serik2 peminjam Ah Long ni. tau risiko besar tapi tetap juga meminjam. patut pandai2lah urus kewangan supaya tidak terdesak untuk meminjam.

      Delete
    2. Bila sudah terdesak, mudah hilang kawalan dan pertimbangan. Makanya, beringat sebelum kena.

      Delete
  3. operasi membanteras ah long kena terus dijalankan sehingga kegiatan ah long dpt dibanteras sepenuhnya.

    ReplyDelete
  4. usaha ni harus berterusan. Mesti ramai lagi Ahlong yang belum ditangkap

    ReplyDelete
  5. Bagus..Teruskan lagi usaha menahan dan menangkap ah long yang ada di Negara kita ini.

    ReplyDelete
  6. Di Sabah, kegiatan ahlong juga semakin berleluasa. Diharap pihak polis segera mengambil tindakan untuk atasi masalah ini.

    ReplyDelete
  7. permintaan yang sentiasa menggalakkan dari orang ramai memerlukan operasi seperti ini sentiasa berterusan sehinggalah negara ini benar2 bebas dari aktiviti ah long..

    ReplyDelete
  8. namun usaha membanteras kegiatan ah long ini mungkin lebih berkesan jika orang ramai tidak menggunakan perkhidmatan mereka..

    ReplyDelete