Tuesday 10 January 2012

RAKYAT PERLU MELIHAT SUMBANGAN PETRONAS



RAKYAT Sabah seharusnya melihat secara positif sumbangan Petronas terhadap program pembangunan di Sabah, terutama dalam sektor minyak dan gas, kata Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Jahid Jahim.

Katanya, sumbangan Petronas kepada pembangunan ekonomi negeri ini, terutama dari segi peluang pekerjaan dan perniagaan, tidak boleh dinafikan.

"Misalnya, kesemua stesen minyak Petronas di Sabah adalah 100 peratus milik orang tempatan. Ini tidak termasuk peluang projek (kontraktor) Petronas di Kimanis dan Sipitang," katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.

Jahid berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Pengerusi Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengenai perkara itu semasa pelancaran parti itu di Sabah, di sini Jumaat lepas.

Star, yang berpangkalan di Sarawak dijangka bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Dr Jeffrey dipetik sebagai berkata bahawa Star Sabah menuntut agar Petronas memberikan sehingga 50 peratus bayaran royalti kepada Sabah.

Jahid berkata sumbangan Petronas kepada Sabah perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh dan bukan sekadar melihat isu royalti sahaja, seolah-olah sumbangan Petronas selama ini tidak diambil kira.

Syarikat minyak negara, Petronas telah memutuskan untuk melaksanakan projek hiliran dan huluan minyak dan gas, yang melibatkan pelaburan modal yang disatukan sebanyak RM45 bilion untuk beberapa tahun akan datang.

Ini termasuk termasuk Terminal Minyak Gas Sabah, Kilang Gas Menggunakan Kuasa Ammonia Kimanis dan Projek Kilang Urea di Sipitang.

Berikutan pelaburan besar Petronas di Sabah, ribuan penduduk tempatan yang tinggal di sepanjang jalur Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang dijangka menikmati limpahan ekonomi dari projek Petronas.

Sebelum itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang juga Menteri Kewangan Negeri, turut berterima kasih kepada Petronas yang mengumumkan pelaburan besar itu dan memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan memberikan sokongan dan bantuan untuk membantu memudahkan aktiviti berkaitan Petronas di Sabah.

Sambil memberi contoh Projek Kilang Loji Ammonia-Urea (Samur) Sabah milik Petronas Chemicals Group Bhd di Sipitang, Musa berkata projek itu dijangka memberikan kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat Sabah di dalam pelaksanaan projek itu, sekali gus membuktikan kesungguhan Petronas menyediakan rakyat Malaysia di Sabah peluang untuk menjadi pemain di dalam perniagaan minyak dan gas. (BERNAMA)

14 comments:

  1. Diharapkan Projek Samur akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah supaya masalah pengangguran akan berkurangan.

    ReplyDelete
  2. Pelaburan daripada Petronas amat dihargai kerana boleh membantu pembagunan di Sabah. Diharapkan mereka akan teruskan pelaburan dalam lebih banyak projek di Sabah.

    ReplyDelete
  3. Kalau royalti minyak dinaikkan, mungkin lebih ramai yang akan berpuas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. alangkah bagusnya jika royalti minyak sabah dinaikkan.

      Delete
    2. sepatutnya Akta Petroleum 1974 perlu dikaji semula untuk melihat samada ia masih relevan ataupun tidak dengan keadaan semasa. tapi malangnya samapai ke hari ini belum lagi dilakukan.

      Delete
    3. Mengenai royalti sukar untuk ditukar. Namun kalau petronas telah memberikan pelbagai projek mega kepada Sabah rasanya itu sudah cukup.

      Delete
  4. Semoga lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah di dalam Petronas. Mereka yang berminat dengan bidang O&G pun harus lengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan. Persaingan sengit.

    ReplyDelete
  5. projek petronas sekarang akan memberi byk sumbangan kepada pembangunan Sabah.

    ReplyDelete
  6. memang sumbangan Petronas kepada Sabah dapat dilihat melalui projek2 yang telah dilaksanakan seperti SAMUR tetapi rasanya belum cukup lagi untuk memberikan manfaat sepenuhnya kepada seluruh rakyat Sabah. saya harap pihak Petronas menambahkan lagi projek mereka di masa akan datang.

    ReplyDelete
  7. petronas perlu terus menyumbang kepada pembangunan negeri ini kerana mereka juga memperoleh keuntungan melalui negeri ini.

    ReplyDelete
  8. semoga projek-projek yang dilaksanakn akan berjaya dan sekaligus membantu membangunkan lagi negeri ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sudah pasti akan berlaku. Jika Petronas membuka pelbagai projek di Sabah pada masa yang sama pasti pelabur luar akan datang ke Sabah untuk membuat pelaburan. maka ini akan dapat membantu meningkatkan ekonomi Sabah.

      Delete
  9. rakyat boleh melihat sumbangan petronas, tapi ada pihak yang tidak mahu rakyat melihat sumbangan petronas.. bagi pihak itu, menyokong sumbangan petronas samalah menggali kubur sendiri..

    ReplyDelete
  10. yang penting sekarang, pihak petronas perlu bersungguh2 melaksanakan komitmen pelaburan mereka di negeri ini dan dalam masa yang sama tidak lupa melaksanakan tanggungjawab sosial..

    ReplyDelete