Sunday 8 January 2012

RAKYAT SABAH ‘BERANI BERJIWA BESAR’



Oleh : NASPAZI

PARADIGMA ringkas ini tentunya bukan ungkapan emas yang layak untuk dipahat di atas permukaan batu-batu yang datar; bukan juga sebagai sebuah melodi yang indah untuk menjadi santapan jiwa yang abadi.

Justeru, paradigma ringkas ini hanya laksana gelung-gelung pelangi di kaki langit Sabah Tanah Airku yang timbul dan menghilang selepas hujan sebagai tanda bermulanya kemarau panjang, hatta mengakibatkan kelaparan, kebuluran dan kematian pelbagai bentuk hidupan di gunung dan lembah.

Lantas, episod pertarungan untuk hidup pun bermula di kalangan generasi baru Sabahan yang seakan kelaparan dan kebuluran menanti ketika kematian, sedangkan senyum senyap leluhur silam dengan penuh bangga, kerana dapat bertahan dari rempuhan kemarau panjang. Kini, detik baru menjelma lagi hanya untuk menghalau generasi baru Sabahan yang hendak lari ke mana?

Saya kata mungkin, sebilangan kecil Sabahan mampu lari ke Australia dan New Zealand. Kenapa Australia dan New Zealand dan bukan negara lain? Kerana, kedua-dua negara tersebut pernah menolong Sabah dengan segala kekuatan tentera di era Perang Dunia Ke-2, sehingga monument Sabah, Australia, New Zealand, Army Corp (SANZAC) berdiri gagah di Sembulan, Kota Kinabalu.

Sesungguhnya, benang emas Sabahan adalah ‘Berani Berjiwa Besar’. Maksudnya, bukan soal siapa yang memimpin Sabah; tetapi siapa pemimpin yang berwibawa mengibarkan bendera kedaulatan ‘20 Perkara’ hak Sabah dalam Konfederasi Malaysia.

Dalam soal pembangunan pula, hendaklah berasaskan kepada keperluan rakyat (based on need) dan bukan pembangunan yang dipaksakan sehingga menindas semula rakyat akhirnya. Namun, pendidikan adalah prioriti!

Sedia maklum bahawa, Konfederasi Malaysia telah ditubuhkan yang menggabungkan Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya pada 16 September 1963. Tujuan Sabah bergabung dengan Malaya dan Sarawak menjadi Malaysia, sudah tentulah bukan untuk ditipu atau menjadi negeri, dalam erti kata setaraf dengan Melaka atau Pulau Pinang.

Sebab itu, Malaysia dibentuk atas nama antara negara dan bukan atas nama antara negeri. Kalau Malaysia dibentuk atas nama antara negeri, sudah tentulah 11 negeri yang membentuk Malaya turut menandatangani pembentukan Malaysia.

Demikian juga, dalam hal mengelola dan memanfaatkan sumber hasil bumi antara negara yang bergabung membentuk Malaysia. Sampai bila Sabah hanya mendapat pulangan lima perastus (5%) dari hasil buminya sendiri?

Bagaimana, jika Sabah yang membolot, mengaut dan memunggah seluruh hasil Malaysia, kemudian hanya memberikan pulangan lima peratus (5%) kepada Malaya? Maksudnya, Sabah bertindak serupa ke atas hasil Malaya, sebagaimana tindakan Malaya ke atas hasil Sabah sekarang, apakah wajar atau tidak?

Justeru, jika tindakan serupa itu, tidak adil dan tidak wajar Sabah lakukan, ada satu persoalan besar di dalamnya, kenapa Malaya boleh buat, sedangkan Sabah tidak boleh buat? Sehubungan dengannya, sudah tiba waktunya untuk rakyat Sabah segera bersatu dan segera bertindak mengadakan Raptai Agung Kebangkitan bagi menggulingkan sistem pemerintahan bobrok Malaysia di Sabah, yang nyata berteraskan kepada penipuan dan pembohongan melayu UMNO dari dekad ke dekad.

Dengan kata lain, cabaran terbesar warga sabah dan sarawak adalah meluruskan keaslian sejarah hakikat pembentukan Malaysia dan mendaulatkan perjanjian-perjanjian yang dimeterai pada 9 Julai 1963; seperti kedaulatan Sabah dan Sarawak mendirikan sistem pemerintahan sendiri tanpa remote control Malaya; kedaulatan Sabah dan Sarawak membangun sistem pendidikan sendiri tanpa terikat dengan sistem pendidikan Malaya, di samping kedaulatan Sabah dan Sarawak mentadbir negara sendiri dengan ketua jabatan Sabahan dan Sarawakian sendiri, sebagaimana yang telah dimaktubkan dalam Perjanjian 20 Perkara yang juga menjadi tunggak kepada pembentukan Malaysia.

Sehubungan dengannya, Sabah tidak memerlukan melayu UMNO (Malaya) untuk mencapai status negara yang baik, damai dan sentosa; sebagaimana Brunei dan Singapore yang berjaya menempatkan diri mereka ke dalam kelompok negara kaya dan maju tanpa bantuan atau khidmat nasihat melayu UMNO (Malaya).

Jestru, hanya mentaliti pengamal politik Sabahan yang busuk; yang sebusuk mentaliti melayu UMNO sahaja yang percaya bahawa, Sabah memerlukan bantuan atau khidmat nasihat Melayu UMNO (Malaya) untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran.

Lantarannya, Sabahan seharusnya segera bingkas untuk membinasakan Melayu UMNO dari segala sudut dan penjuru di Sabah; yang secara benarnya atau dari etika Perjanjian 20 Perkara, kehadiran melayu UMNO di Sabah adalah parti alien.

Betapa jangka waktu 49 tahun bukanlah sekelip mata bagi sabah bermasyarakat dan bernegara dalam timbunan sampah najis penipuan dan kelentongan Melayu Umno; 49 tahun juga Melayu UMNO membogel dan meliwat anus politik dan ekonomi Sabah sampai merana dan termiskin dalam Malaysia.

Yang demikian, seluruh Sabahan, bangkitlah membakar bendera kezaliman melayu UMNO dan kibarkan bendera 20 Perkara yang menjadi lambang autonomi Sabah dalam Konfederasi Malaysia!

Sesungguhnya orientasi pimpinan Melayu UMNO memang dasar pengkhianat haram jadah terhadap Perjanjian Malaysia sejak 49 tahun yang sudah. Betapa Malaysia dalam konteks semasa, dibentuk dan berdiri atas nama tiga tiang yang jelas, iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak dengan izin United Nations (UN) dan Parlimen United Kingdom.

Sehubungan itu, andaikata ada apa yang dikatakan sebagai negeri di Malaysia itu maka hanya ada tiga, iaitu negeri Malaya, negeri Sabah dan negeri Sarawak sebagaimana tiga tiang yang mendirikannya!

Malangnya, sesudah Malaysia dibentuk, Melayu UMNO telah bertindak mengadaptasi Malaya menjadi Malaysia, hatta identiti Malaya sebagai antara negara yang membentuk Malaysia seakan disembunyikan. Sebab itu, 31 Ogos 1957 dianggap sebagai Hari Kebangsaan Malaysia kononnya. Demikianlah, bambu yang bengkok pada mulanya, maka bengkoklah pada akhirnya.

Justeru, cabaran terbesar Sabahan adalah mempertahankan Sabah sebagai sebuah negara; mendaulatkan 20 Perkara hak Sabah dalam Konfederasi Malaysia, yang juga sebagai lambang kemerdekaan sabah di persada dunia.

Oleh itu, siapa pun yang memimpin Sabah, jika aspirasi cabaran yang dinyatakan di atas gagal dilaksanakan, bermakna pelanggaran Melayu UMNO (Malaya) terhadap aspirasi Konfederasi Malaysia bukan saja berlanjutan, bahkan kekuasaan yang digapai pemimpin Sabahan hanya sekadar hiasan peribadi sebagai boneka yang tidak berguna.

Lantaran itu, tanggungjawab terbesar Sabahan adalah membentuk pasukan pengamal politik intelektual yang jujur dan berjiwa besar. Dengan kata lain, sejenis pemimpin yang berminda negarawan standard internasional agar mampu berdiri di podium Bangsa-Bangsa Bersatu dan Parliament British untuk mempertahankan ‘20 Perkara’ hak asasi Sabah dalam ‘Confederation of Malaysia’ yang dilanggar dan dikhianati oleh pimpinan Melayu UMNO tanpa sedikit perasaan aib dan malu.

Semoga seluruh rakyat Sabah dan Sarawak jangan gentar untuk menghancurkan Melayu UMNO dan menggulingkan BN yang menjadi pemerintah pengkhianat kepada Perjanjian Malaysia 1963.

Sesungguhnya pemerintahan tamak dan pengkhianatan nyata Melayu UMNO terhadap Sabahan mesti dihentikan. Betapa Melayu UMNO dan Sabahan sama-sama dilahirkan bogel dan tiada meterai (seal) hina atau mulia. Sama-sama tidak diciptakan oleh Tuhan hanya untuk menjadi badut, tidak juga diberi akal hanya untuk berbohong, dan bukan juga untuk menjadi orang yang hanya untuk diperbodoh-bodohkan oleh Melayu UMNO.

Yang demikian, Sabah dan Sarawak sewajarnya mengambil iktibar yang berguna dari kebijaksanaan gerak hati Singapura. Sedia maklum bahawa, Singapura dua tahun berada dalam Konfederasi Malaysia (1963-1965).

Namun, tatkala naluri dan firasat pimpinan Singapura mempertimbangkan bahawa, pimpinan melayu UMNO mula menyimpang dari perjanjian tatacara urustadbir Konfederasi Malaysia sebagai gabungan 4 negara, lantas Singapura mencari dalil untuk keluar dari Malaysia. Kini, Singapura dalam kelompok negara maju dengan sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia. Akhirnya, di mana maruah Malaysia?

8 comments:

  1. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

    ReplyDelete
  2. Banyak suara yang mahu perjuangkan Sabah, tapi sejauh mana usaha mereka?

    ReplyDelete
  3. Rakyat Sabah harus berani dalam perjuangkan hak2 dan kepentingan mereka.

    ReplyDelete
  4. kita perlu memastikan status sebenar 20 Perkara tersebut setelah Brunei dan Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia.

    ReplyDelete
  5. semoga hak2 Sabah akan dapat dikembalikan semula termasuk kuasa autonomi.

    ReplyDelete
  6. Rakyat Sabah mempunyai hak yang besar untuk mendapat hak mereka. Maka kita mengharap sangat kerajaan Negeri akan dapat membantu penduduk Sabah terutama dalam penyediaan kemudahan asas.

    ReplyDelete
  7. Rakyat Sabah perlulah mengundi dengan bijaksana bila PRU-13 menjelang.

    ReplyDelete
  8. penulis patut cadangkan sekali siapa atau parti mana yang boleh meletakkan Sabah setanding dengan Singapura.. parti mana yang 100% tidak rasuah dan 100% cekap mentadbir Sabah..?????

    ReplyDelete