Wednesday 18 January 2012

RAKYAT TUNGGU DEBAT NAJIB-ANWAR



Oleh : WAN MOHAMAD WASIF WAN MOHAMAD

DATUK Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungannya di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 sekali lagi mengulangi cabaran untuk berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menjelang Pilihanraya ke 13 (yang masih tidak diketahui bila tarikhnya akan berlangsung), saya yakin ramai di kalangan rakyat Malaysia yang menanti penuh debaran bila perdebatan antara Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang Malaysia ini akan berlangsung.

Lihat sahaja debat bersejarah antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Shabery Chik; sekurang-kurangnya hasil perdebatan ini telah mampu memberikan cetusan untuk rakyat Malaysia berfikir tentang hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh-pendebat tersebut.

Sewajarnya rakyat Malaysia keseluruhannya mendesak agar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerima pelawaan debat daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.

Inilah waktu terbaik untuk rakyat Malaysia membuktikan bahawa rakyat Malaysia sememangnya sudah semakin matang, bersedia mendengar terlebih dahulu pandangan-hujah dari pelbagai pihak, berfikiran rasional, adil dalam membuat apa jua keputusan dan menilai apa jua isu dengan penuh kebijaksanaan dan berdasarkan ilmu.

Bukan ingin mencari siapa yang bakal menjadi pemenang, pandai retorik-hujah, petah berkata-kata, hebat pidatonya; apa yang pastinya debat antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti boleh mencetuskan rakyat Malaysia agar berfikir, berfikir, dan terus berfikir, memanfaatkan akal kurniaan tuhan.

13 comments:

  1. Anwar juga tidak perlulah asyik meminta Najib untuk berdebat, sudah Najib bilang tidak setuju.

    ReplyDelete
  2. Biarlah Anwar dan Najib bertanding dengan adil bila PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  3. This is starting to look more and more like the presidential debate in the united States

    ReplyDelete
  4. surely this is not necessary. We have our own form of democracy. We don't have to emulate the united states

    ReplyDelete
  5. rasanya debat tersebut takkan berlaku.

    ReplyDelete
  6. Najib tidak akan layan debate dengan Anwar. Najib sebagai PM mesti terkejar-kejar dengan jadual yang padat. Tidak tahu la dengan Anwar, mungkin sibuk mengira untung saman.

    ReplyDelete
  7. Buang masa saja debat itu. turun padang dan melawat rakyat dan mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu rakyat itu lagi bermakna daripada debat.

    ReplyDelete
  8. kalau debat yang melibatkan kepentingan rakyat macam isu empangan Tambatuon tu mungkin perlulah.

    ReplyDelete
  9. rasanya lebih baik Anwar tumpukan usaha untuk bersedia menghadapi PRU. itu lagi penting sekarang.

    ReplyDelete
  10. Tidak ada perubahan pun yang akan berlaku jika ada debat dibuat. Dapatkah kita berbalik pada tahun sebelumnya.

    ReplyDelete
  11. Will the debate become an indicator who is better and eligible to become our leader? Some people are brilliant in talking but not necessarily in terms of implementing it. Vice versa.

    ReplyDelete
  12. kalau tidak ada kerja, jangan ganggu orang lain yang banyak komitmen dalam dan luar negara.. baik Anwar teruskan sahaja kempen politik di seluruh negara kerana saya yakin Najib tidak akan menyahut cabaran beliau sebagaimana Anwar sendiri tidak menyahut cabaran Khairy dan Umi yang pernah mencabar beliau untuk berdebat..

    ReplyDelete