Thursday 12 January 2012

REPLIKA JENTOLAK BUAT LIM GUAN ENG



SEORANG pengusaha bengkel motor di George Town, Pulau Pinang hari ini cuba ‘menghadiahkan’ Ketua Menteri, Lim Guan Eng dengan sebuah replika berbentuk bengkel, tandas dan jentolak sempena ulang tahun pertama premis Mega Xtreme Motornya dirobohkan.

Bagaimanapun pengusaha bengkel itu, Mohd Yacoob Mohd Nor 23, yang diiringi oleh beberapa anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Pulau Pinang gagal menyerahkan ‘hadiah’ itu kepada Lim kerana tidak dibenarkan berbuat demikian oleh pengawal keselamatan.

Setelah menunggu hampir 45 minit, pengawal keselamatan di ruang legar pejabat kerajaan negeri di tingkat 3, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini meminta mereka meninggalkan ‘hadiah’ itu di kaunter pengawal.

Mohd Yacoob berkata beliau memberikan ‘hadiah’ itu kerana tidak berpuashati dengan tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merobohkan bengkelnya pada 11 Jan tahun lepas.

Lesen dan tanah di mana bengkel itu terletak adalah milik persendirian dan bukannya tanah kerajaan negeri dan tindakan merobohkan tidak sepatutnya dilakukan kerana notis perlu diberi terlebih dahulu, katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Selepas bengkelnya dirobohkan, beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Yang Dipertua MPPP untuk mendapatkan sebab bengkel itu dirobohkan dan sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklum balas. (BERNAMA)

9 comments:

  1. It seems that these sort of things always happens in P.P. First the black cakes for LGE's birthday, now this.

    ReplyDelete
  2. Nasib pengusaha bengkel tu tidak ambil tindakan yang melampaui batas.

    ReplyDelete
  3. selama ini LGE hanya tahu mengkritik, tapi lihatlah sendiri bagaimana pula dengan kepimpinan beliau.

    ReplyDelete
  4. nampaknya ramai yang tak puas hati dgn Lim.

    ReplyDelete
  5. Negeri yang ditadbir oleh pembangkang pun ada masalah macam ni? Notis perlu ada untuk merobohkan sesuatu di tanah persendirian.

    ReplyDelete
  6. Banyaknya 'hadiah' Lim dapat. Mengalahkan PM.

    ReplyDelete
  7. Betul..Jika mahu merobohkan pendapatan orang lain pun perlulah ada prosuder yang betul seperti memberikan notis sebab.

    ReplyDelete
  8. ini membuktikan pentadbiran kerajaan DAP tidak lah secekap yang disangkakan.. apa respon pemimpin2 Pakatan yang lain??

    ReplyDelete
  9. baik DAP berhati2 selepas ini.. rasa tidak puas hati dikalangan penduduk Pulau Pinang pasti akan diterjemahkan dalam bentuk undi..

    ReplyDelete