Wednesday 25 January 2012

SAPP & STAR REALISASI AGENDA BORNEO



KALENDER.... Naib Presiden SAPP Datuk Frankie Chong menyerahkan kalender 2012 kepada salah seorang pengundi DUN N. 34 Liawan - Kong Fui Sheng sambil diperhatikan oleh Pengerusi STAR Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan (dua dari kanan). Turut kelihatan Dr. Nicholas Guntoban (kiri) dan Richard Lee (AMT parti SAPP) berdiri di kiri sekali.

Oleh: BORNEO DIGEST

NAIB Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Frankie Chong berkata, jalinan kerjasama di antara parti SAPP dan STAR bagi menghadapi pilihanraya umum kali ke-13, merupakan satu permulaan yang baik dan mampu mendepani cabaran politik untuk merealisasikan ‘Agenda Borneo’.

SAPP pimpinan mantan Ketua Menteri Datuk Yong Teck Lee sementara STAR (Parti Reformasi Negeri) yang dipimpin oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan di Sabah merupakan kedua-duanya lahir dalam kepulauan Borneo.

“Parti ini mempunyai perjuangan yang sama, untuk mempertahankan hak-hak Sabah, autonomi dan kedaulatan negeri ini,” katanya dalam satu perutusan Tahun Baru Cina 2012.

Frankie Chong yang juga merupakan Timbalan Speakar DUN Sabah adalah seorang anak watan kelahiran di Daerah Tenom.

Dalam pada itu ketika merujuk liku-liku perjuangan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan untuk memperjuangkan hak-hak rakyat negeri Sabah Frankie berkata;

“SAPP dan STAR komited untuk menuntut Perjanjian Malaysia 1963 dikaji semula dan berharap ianya dapat diselaraskan untuk dilaksanakan selain memperjuangkan ‘Kebebasan Penjajahan 48’ oleh Kuala Lumpur terhadap negeri Sabah,” tegasnya.

Beliau mengajak seluruh rakyat Sabah yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan masyarakat serta fahaman agama termasuk status ekonomi, supaya bersatu untuk memastikan pilihanraya umum ke-13 ini memihak kepada rakyat negeri ini.

“Ini adalah peluang terakhir bagi kita untuk menebus segala hak hak kita yang telah terhakis termasuklah maruah kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sabtu semasa melakukan kunjungan salam 'Gong Xi Fa Cai' bersama dengan Datuk Jeffrey Kitingan bagi menemui rakyat di kawasan Bandar Keningau.

Frankie berkata, “Sesuatu yang amat menyedihkan apabila penduduk tempatan menjadi pelarian di negeri sendiri, disebabkan kecuaian ibubapa,”, katanya dan menambah, tidak mustahil satu tanggapan bahawa pada suatu hari yang akan datang, anak cucu penduduk tempatan bertuankan orang asing jika mengabaikan tanggungjawab untuk menyelamatkan negeri ini,” tegasnya.

Program menemui rakyat itu merupakan anjuran bersama SAPP dan STAR

No comments:

Post a Comment