Thursday 26 January 2012

SARAPIN MAGANA MASIH POPULAR



Oleh : PEMERHATI POLITIK MATUNGGONG


MERUJUK kepada artikel 'Siapa Calon Boleh Menang Di Matunggong' bertarikh 12 Januari 2012, sebagai pengundi dan ahli PBS kampung Tinangol, saya ingin menyangkal kenyataan Mengambai Sasam tempoh hari.

Tiada sebab kenapa Adun sekarang, Sarapin Magana adalah calon yang tidak mampu menang pada PRU-13. Oleh itu tiada alasan untuk menukar beliau sebagai calon kawasan N4 Matunggong pada PRU13 ini kerana kenyataan Mangambai adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili kehendak pengundi dan penyokong PBS di N4 Matunggong; khususnya di kg Tinangol dan sekitarnya. Kenyataan beliau berupa kenyataan yang tidak berpuas hati dan langsung tidak berasas.

Mangambai adalah bekas Timbalan Ketua Cawangan dan bukan seperti yang didakwa beliau kerana AJK cawangan Tinangol telah dibatalkan sementara oleh pihak dari ibu pejabat parti dan secara automatik tidak sah selepas berakhir tempoh tiga tahun.

Akan tetapi beliau masih menganggap dirinya adalah Timbalan Ketua Cawangan biarpun penggal telah berakhir. Kenapkah beliau masih menganggap beliau adalah Timbalan Ketua Cawangan dan membuat kenyataan akhbar? Ini sudah tentu melanggar kod disiplin dan perlembagaan parti.

Berkaitan dengan penafian hak sebagai perwakilan cawangan ini tidak layak menghantar perwakilan kerana telah digantung sementara , sepatutnya Mangambai perlu merujuk dan memahami surat dari ibu pejabat PBS yang bertarikh 1 jun 2011 (tidak layak menghantar perwakilan kerana mesyuarat cawangan telah dibatalkan sementara).

Surat itu jelas menunjukkan bahawa Sarapin selaku Ketua Bahagian PBS N4 Matunggong tidak mengkehendaki penggantungan AJK PBS cawangan Tinangol, tetapi penggantungan ini adalah atas arahan Ibu Pejabat Pusat PBS.

Berkaitan dengan perlantikan Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung, perlantikan JKKK Tinangol sekarang sama seperti kaedah yang dilakukan pada tahun 2009 dan tahun tahun sebelumnya ia itu dilantik secara terus oleh Wakil Rakyat; akan tetapi pada ketika itu Mangambai (mantan PJKK Kg Tinangol) tidak mengelurkan sebarang isu ketidak puasan hati terhadap kaedah lantikan secara terus.

Hairannya ketika beliau menjadi Pengerusi JKKK selama lebih 10 tahun, beliau tidak pernah mempertikaikannya; malah makan Gaji Buta kerana tidak melakukan kerja yang sepatutnya dan lebih menyedihkan lagi beliau enggan bekerjasama dengan semua JKKK.

Berkaitan pula dengan perlantikan Ketua Kampung, penyandang yang lama telah telah meninggal dunia dan perlantikan Ketua Kampung yang baru hanya dilaksanakan sesudah tempoh 90 hari bertenang berakhir.

Mengikut kebiasaan selama ini, sejak dari zaman kerajaan Berjaya perlantikan Ketua Kampung dilaksanakan secara lantikan terus daripada Wakil Rakyat di sesuatu kawasan.

Oleh itu, menurut undang-undang perlantikan ini adalah sah, lagipun tiada bukti bahawa penduduk Tinangol tidak berpuas hati dengan perlantikan itu, melainkan Magambai seorang.

Dakwaan beliau bahawa undi calon PBS di N4 Matunggong akan menurun adalah pendapat peribadi beliau yang tiada bukti konkrit. Walaupun dakwaan beliau ini cuba menjatuhkan Sarapin, namun kami sebagai penyokong PBS N4 percaya bahawa sokongan pengundi akan lebih bertambah dan meningkat; malahan dapat mendorong pertambahan undi bagi calon Parlimen P168 Kota Marudu.

Berkaitan dengan kenyataan bahawa semenjak 1995-2008 cawangan Tinangol tidak pernah menghadapi masalah itu memang betul. Persoalan kenapa pada pemilihan pada 2011 cawangan Tinangol ada masalah kerana disebabkan oleh pasukan yang disokong oleh Mangambai sendiri, kerana Ketua Cawangan ketika itu membatalkan AGM pada saat akhir tanpa alasan yang munasabah.

Malahan Ketua Cawangan turut tidak hadir pada waktu itu dan kehadiran ahli PBS adalah melebihi 50% dan AGM layak dijalankan. Maka dari sanalah masalah itu bermula dan masalah itu dimulakan sendiri oleh Ketua Cawangan dan para pengikutnya yang tidak seberapa.

Jadi bila Mengambai mempersoalkan kenapa pemilihan 2011 di Tinangol bermasalah, boleh diiibaratkan seperti 'berak dan makan tahi sendiri' kerana masalah ini ditimbulkan sendiri oleh pasukan yang disokong oleh Mangambai.

Secara kesimpulan, segala kenyataan dari artikel ‘Siapa Calon boleh Menang di Matunggung” adalah tidak benar, malahan sokongan kepada Sarapin semakin hari semakin meningkat. Kami pengundi akan setia kepada YBSM dan akan mengundi beliau sebagai calon menang jika beliau dicalonkan pada PRU akan datang.

13 comments:

  1. Selesaikan salah faham ni sebelum menjelang PRU13. Semua ahli harus bersatu sekiranya mahu PBS menang.

    ReplyDelete
  2. Siapa pun calon yang akan dicalonkan harus dapat diterima oleh rakyat setempat. Supaya undi untuk BN tidak bebelah bagi.

    ReplyDelete
  3. jika Sarapin seorang yang baik dan berkebolehan, pasti rakyat akan menyokongnya.

    ReplyDelete
  4. apapun, semoga Sarapin akan berjaya.

    ReplyDelete
  5. All internal affairs within the party must be resolve in order for them to face the up coming GE-13

    ReplyDelete
  6. Having said that, may the best man wins!

    ReplyDelete
  7. lebih kepada serangan terhadap mangambai dan terlalu beremosi

    ReplyDelete
  8. kenyataan yang dikeluarkan oleh Mengambai Sasam tidak mewakili keseluruhan penduduk Matunggong. mungkin ada perasaan tidak puas hati secara personal sehingga dia membuat kenyataan sedemikian.

    ReplyDelete
  9. jika penduduk majoritinya masih menyokong ADUN, Sarapin Magana pasti dia akan tetap terpilih sebagai winnable candidate pada PRU-13.

    ReplyDelete
  10. Benar mungkin itu cuma satu pendapat peribadi yang diberikan oleh Mangambai.

    ReplyDelete
  11. Itu bukannya kata dari pengundi yang sebenar. Maka tidak perlulah terlalu mengikut perasaan memberikan kenyataan yang tidak ada kebenarannya.

    ReplyDelete
  12. Biasalah tu..dalam politik, ada yang menyokong ada juga yang tidak..

    ReplyDelete
  13. Mungkin Mengambai ada hati mahu jadi calon..

    ReplyDelete