Tuesday 10 January 2012

“SAYA AKHIRNYA DIBERSIHKAN!”



DALAM keputusan yang kurang dijangkakan oleh banyak pihak, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman ringkasnya yang tidak melebihi lima minit berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tidak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa integriti bukti tidak diusik. Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful. Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya.

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menangis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan. Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.

Dalam reaksi spontannya, Ketua Pembangkang itu mengucapkan alhamdulillah dan bersyukur kerana kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.

“Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam. Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian,” katanya di luar mahkamah.

Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya.

Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.Anwar mengucapkan terima kasih kepada peguamnya.

Pada perbicaraan sejak tahun 2008 itu Anwar diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Karpal Singh manakala Peguam Cara II Negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwaan.

Beliau didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ini merupakan kes liwat kedua melibatkan beliau selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar.

Bagaimanapun, empat tahun selepas itu, beliau dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan menukar pensabitan itu kepada tidak bersalah dan mengetepikan hukuman

13 comments:

  1. Jika tidak buat salah pasti akan selamat. Usahlah bimbang.

    ReplyDelete
  2. Nasib baik kes ini sudahpun diselesaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dgr cerita Saiful nak bawa hal ini ke mahkamah rayuan.

      Delete
  3. Entah lepas ni akan ada tuduhan lagi ataupun tidak.

    ReplyDelete
  4. Berani kerana benar, takut kerana salah.

    ReplyDelete
  5. Saya bersetuju dngan apa yang dikatakan oleh Anak Sabah dan me gusta.

    ReplyDelete
  6. mudah-mudahan sampai di sini sahaja isu ini.

    ReplyDelete
  7. walaupun Anwar dibebaskan namun aib yang telah beliau terima tetap akan diingat oleh rakyat. mungkin ramai juga yang tidak berpuas hati dengan pembebasan beliau ni. tapi bagi penyokongnya, ini merupakan suatu kemenangan.

    ReplyDelete
  8. di pihak kerajaan, pembebasan Anwar ini memperlihatkan sistem penghakiman negara ini sebenarnya bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak termasuklah kerajaan seperti yang didakwa oleh pihak2 tertentu sebelum ini. harap2 tiada lagi kes seumpama ini di masa akan datang.

    ReplyDelete
  9. Bukan saja Anwar yang dibersihkan, namun ini juga akan menutup mulut yang menuduh UMNO mempengaruhi keputusan Mahkamah.

    ReplyDelete
  10. Apa yang diputuskan oleh mahkamah adalah muktamad dan tidak ada mainan politik yang dikhabarkan oleh pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  11. bila lagi Anwar mahu bersihkan imej mahkamah??

    ReplyDelete
  12. 'bersih' beliau masih boleh diragui kerana ada kemungkinan kemenangan beliau bukan atas hasil perbicaraan, tetapi hasil usaha penyokong2nya memberikan tekanan kepada keputusan mahkamah..

    ReplyDelete