Monday 9 January 2012

SBPA LEBIH BAIK DARIPADA SSM



Oleh : SHAIMON S JUMADI

SETIAUSAHA Persekutuan Negeri Sabah, Dato’ Khazali Hj Ahmad berkata Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) merupakan skim saraan yang lebih baik berbanding dengan Skim Sistem Saraan Malaysia (SSM) ysng diperkenalnkan dahulu.

Katanya, tiada sebab untuk golongan penjawat awam tidak memilihnya dan jangan pula melihat SBPA dalam kontkes jangka pendek disamping menfaat pada waktu yang terdekat sahaja.

Khazali berkata, SBPA perlu dilihat dalam konteks jangka panjang iaitu dengan melihat bagaimana skim saraan baru ini dirangka untuki memastikan penjawat awam di negara ini adalah kompetetif serta setanding sekali gus lebih tinggi daripada pihak swasta.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan pada Majlis Perhimpunan Pagi Anggota Perkhidmatan Persekutuan Di Dewan Suria Perdana, Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Sandakan, baru-baru ini.

“SBPA merupakan antara langkah awal kerajaan untuk mewujudkan negara yang mempunyai penduduk berpendapatan tinggi dalam konteks tersebut.

“Saya percaya anda yang ada pada pagi ini telahpun menandatangani Opsyen SBPA. Nasihat saya, walaupun tarikh akhir pemelihan opsyen dipanjangkan kepada 15 Januari ini, tetapi jika boleh, hantarlah borang opsyen tersebut lebih awal,” tambah Khazali lagi.

Bagaimanapun kata Khazali, sama ada kita memilih SBPA atau kekal dalam skim SSM, ini bertujuan bagi mengelakkan kita terlewat menghantar dan menyebabkan kita sendiri menerima kesannya nanti.

Dalam pada itu, Khazali turut menyentuh mengenai SBPA yang berkemungkinan terdapat serba sedikit penambahbaikan seperti mana yang dibincangkan oleh pihak CUEPACS.

Jelasnya lagi, kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah bersetuju ke atas beberapa perkara dan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan CUEPACS mengenai hal-hal yang berkaitan.

“Sebagai penjawat awam, kita hendaklah sentiasa berterima kasih kepada pihak kerajaan yang sentiasa prihatin dan mengambil berat akan kebajikan kita, sentiasa melakukan penambahbaikan ke atas sistem saraan dan perkhidmatan kita,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan anggota perkhidmatan awam persekutuan supaya meningkatkan tahap integriti diri dan jabatan masing-masing.

10 comments:

  1. Dalam segala perancangan, perlulah memikirkan rancangan jarak panjang. Jangan hanya menumpukan perhatian pada jarak pendek sahaja.

    ReplyDelete
  2. Semoga perkhidmatan awam akan ditingkatkan lagi untuk berkhidmat dengan baik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  3. Banyak betul kelebihan sebagai penjawat awam ni..

    ReplyDelete
  4. penjawat awam bertuah kerana mereka byk skim yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  5. tiada yang menggembirakan saya tentang skim ini sebab skim ini cuma untuk penjawat awam saja.

    ReplyDelete
  6. saya rasa perlu nya perlaksanaan gaji minimum dilakukan dan kerajan kena mengambil langkah lain selain dari skim ini agar penjawat swasta juga dapat menikmatinya.

    ReplyDelete
  7. Seharusnya penjawat awam menyokong sesuatu yang memberikan sesuatu yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  8. Kalau penjawat awam dapat kelebihan harap penjawat swasta juga akan mendapat perkara yang baik seperti ini.

    ReplyDelete
  9. mana2 penjawat awam yang tidak berpuas hati dengan sistem baru ini, baik lepaskan saja jawatan.. ramai lagi penganggur diluar sana yang berminat berkhidmat dalam sektor kerajaan..

    ReplyDelete
  10. pelaksanaan SBPA ini tentunya mengambilkira penambahbaikkan terhadap perkhidmatan kerajaan yang mana sebelum ini banyak menerima kritikan dari orang awam.. oleh itu, apa salahnya menyokong usaha penambahbaikkan ini lebih2 lagi ianya masih diperingkat permulaan..

    ReplyDelete