Thursday 12 January 2012

SIAPA CALON BOLEH MENANG DI MATUNGGONG?

CAWANGAN Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam Daerah Mengundi Tinangol boleh menjamin majoriti besar kepada calon Barisan Nasional (BN) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong, sekiranya pucuk pimpinan PBS dapat menggantikan Adun sekarang, Sarapin Magana yang disifatkan sebagai ‘calon tidak mampu menang’ pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Ketua Cawangan PBS Tinangol, Mangambai Sasam berkata, Daerah Mengundi Tinangol yang memiliki lebih 1,000 pengundi telah memberikan kemenangan kepada calon PBS pada pilihanraya umum 2008; namun apa yang mereka terima selama penggal ini adalah penafian hak dalam pengurusan parti dan masyarakat kampung.

“Cawangan Tinangol yang memiliki keahlian PBS paling ramai di Matunggong dinafikan hak menjadi perwakilan pada Mesyuarat Agung Bahagian 2011, Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK pula dilantik tanpa mengambil kira aspirasi penduduk di Tinangol,” kata Magambai dalam satu kenyataan.

Mangambai, 53, memberitahu bahawa tindak-tanduk Adun Matunggong itu bukan sahaja boleh menjejaskan sokongan pengundi bagi calon DUN, malahan dapat memberi tempias kepada penurunan undi bagi calon Ahli Parlimen Kota Marudu.

Mangambai menjelaskan bahawa dua saluran pengundian di Daerah Mengundi Tinangol telah memberikan majoriti yang selesa kepada calon PBS-BN DUN Matunggong dan Parlimen Kota Marudu pada pilihan raya umum 2008 sebagai petanda sokongan kepada calon.

“Majoriti tersebut gagal diperolehi oleh calon PBS-BN Matunggong dan Parlimen Kota Marudu pada pilihan raya umum 2004 apabila kedua-dua saluran Daerah Mengundi Tinangol kalah sebagai protes pemilihan calon DUN Matunggong ketika itu,” ujar Mangambai sambil menambah, kita tidak mahu sokongan pengundi menurun disebabkan calon yang dipilih tidak dapat diterima penduduk.

Mengenai penggantungan cawangan PBS Tinangol menghantar perwakilan pada mesyuarat agung tahunan bahagian Jun 2011, Mangambai mendakwa ahli Yang Berhormat itu telah mewujudkan satu keadaan yang telah meletakkan cawangan berkenaan sebagai tidak layak menghantar perwakilan.

“Kes tersebut telah dilaporkan ke ibu pejabat PBS bagi menyatakan persoalan mengapa kes seumpama itu berlaku dalam kepimpinan bahagian sekarang sedangkan sepanjang 1995-2008, Tinangol merupakan cawangan utama yang tidak pernah menghadapi masalah?,” tanya Mangambai.

Mangambai berharap pucuk pimpinan PBS dapat meletakkan calon yang mampu membawa perpaduan dalam parti, menjalin kerjasama dengan parti-parti komponen BN serta menarik sokongan penduduk kampung.

16 comments:

  1. This is an internal party matter. let them decide as to whom can be deem as a winnable candidate

    ReplyDelete
  2. End of the day...the people of the mention loacale will ahave the final say during GE 13

    ReplyDelete
  3. Parti PBS perlulah memilih dengan baik calon yang boeh menang di Matunggong.

    ReplyDelete
  4. Harap rakyat akan memilih calon yang terbaik untuk mewakili mereka nanti.

    ReplyDelete
  5. semestinya penduduk tempatan di Matunggong, berjiwa rakyat, dan tidak memikirkan 'poket' sendiri saja. orang Matunggong pasti lebih jelas tentang calon winnable candidate di kawasan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik jika mereka dapat cadangkan calon2 yang sesuai kepada pucuk pimpinan PBS.

      Delete
  6. pemilihan calon kenalah benar2 tepat, dan pastikan ia calon yang benar2 boleh menang.

    ReplyDelete
  7. Adakah saudara Mangambai ada calon yang sesuai dalam fikiran? Diri sendiri mungkin? Apa-apa pun, PBS kena ambil perhatian juga dengan luahan ini untuk kebaikan parti.

    ReplyDelete
  8. siapa yang menjadi calon harus berusaha untuk mendekati dan menyelesaikan permasalahan rakyat.

    ReplyDelete
  9. kepentingan rakyat haruslah menjadi keutamaan semua pemimpin.

    ReplyDelete
  10. Calon harus mampu membawa perubahan kepada penduduk dan sentiasa menjaga kebajikan penduduk di kawasannya. Calon yang tidak mampu memberi apa2 kepada penduduk tidak harus dicalonkan.

    ReplyDelete
  11. I think people there know which candidate need to vote to represent their needs.

    ReplyDelete
  12. Yang penting calom tersebut boleh melakukan yang terbaik untuk penduduk maka itulah calon yang layak.

    ReplyDelete
  13. BN perlu meletkan calon yang boleh memberikan sumbangan yang terbaik. Kerana penduduk menilai semua itu dari perlaksanaan yang dibuat oleh wakil rakyat.

    ReplyDelete
  14. kalau mahu jawapan yang lagi tepat berkenaan dengan calon boleh menang, baik minta terus jawapan dari penduduk Matunggong.. rajin2 la buat kaji selidik di kawasan itu..

    ReplyDelete
  15. mana2 wakil rakyat yang tidak tercalon pada pilihanraya umum akan datang, akur saja dengan keputusan itu.. anggaplah keputusan yang dibuat itu hasil dari kelemahan diri sendiri.. jangan sekali2 ambil tindakan kurang matang dengan melakukan sabotaj..

    ReplyDelete